Ibu bapa simpan mayat anak sampai busuk, perhabis RM1,700 ditipu bomoh palsu untuk buang gangguan hantu

Genderuwo, sosok makhluk halus yang sering dikaitkan dengan kejahatan dan gangguan terhadap manusia, menjadi punca tragedi yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan bernama Aisyah Latifatul di Dusun Paponan, Daerah Bejen, Wilayah Temanggung.

Aisyah, yang berumur tujuh tahun, dikenal sebagai seorang anak yang ceria dan ramah. Namun, ibu bapanya, Marsidi dan Suwartinah, terpengaruh dengan prasangka bahawa Aisyah nakal kerana dirasuki makhluk halus.

Kepercayaan mistik ini membawa mereka kepada bomoh Hariyono dan Budiono, yang mendakwa mampu mengusir genderuwo dari tubuh Aisyah dengan bayaran enam juta rupiah (RM1.7K).

Ritual pengusiran jin yang dilakukan oleh kedua bomoh tersebut ternyata bukan sahaja tidak berkesan, tetapi juga sangat berbahaya. Aisyah dimandikan dan ditenggelamkan sebanyak empat kali di dalam kolah.

Selepas ritual tersebut, Aisyah tidak sedarkan diri. Kedua bomoh tersebut meyakinkan Marsidi dan Suwartinah bahawa Aisyah hanya tertidur dan akan bangun setelah ‘genderuwo’ meninggalkan tubuhnya.

Ibu bapa simpan mayat anak sampai busuk, perhabis RM1,700 ditipu bomoh palsu untuk buang gangguan hantu

Selama empat bulan, Marsidi dan Suwartinah hidup dalam penafian realiti. Mereka enggan menerima kenyataan bahawa anak mereka telah meninggal dunia, walaupun ketika tubuh Aisyah mula membusuk.

Kepercayaan buta mereka kepada bomoh palsu ini akhirnya terbongkar apabila ibu saudara Aisyah merasa curiga dan melaporkan perkara itu kepada polis. Empat orang, termasuk ibu bapa Aisyah dan dua bomoh, ditetapkan sebagai suspek utama dalam kes ini.

Tragedi Aisyah menjadi peringatan keras tentang bahaya kepercayaan mistik dan pentingnya mendapatkan bantuan perubatan dan profesional bila berhadapan dengan masalah kesihatan dan mental.

BACA:
Ibu mertua meracau dan kurang selera makan di santau menantu, bengang kerana selalu dimarahi dan diherdik depan saudara mara
Misteri kehilangan pesawat MH370 bakal terungkai, penyelidik kesan isyarat baharu menggunakan mikrofon bawah air
Lagi kes jemaah buat perangai di tanah suci, kali ini selamba jual rojak di tepi jalan, siap bawa bekas-bekas bungkusan