Ibu terkilan bayi meninggal ketika dalam perut, terkena jangkitan virus daripada kucing.
Berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul. Ungkapan ini paling sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi oleh Dyna Yusof apabila mengalami kehilangan bayi tercinta pada usia kandungan 9 bulan.
Melalui perkongsian di TikTok, Dyna mendedahkan punca pemergian bayi kesayangannya hampir enam bulan selepas kejadian tersebut. Dyna menceritakan bahawa bayinya sangat aktif sepanjang kehamilan sehingga pada pemeriksaan kandungan terakhir, doktor memberitahu bahawa jantung bayinya telah berhenti.
“Hari terakhir saya buat pemeriksaan kandungan, saya tahu bahawa jantung bayi saya sudah berhenti. Saya terkejut, bertanya kepada doktor, ‘Bayi saya ke mana?’ Doktor menjelaskan bahawa bayi saya telah meninggal dunia. Saya terdiam, keluar dari bilik doktor, masuk kereta, dan menangis sepanjang perjalanan kerana tidak boleh menerima hakikat itu.”
Selepas tiga bulan, doktor mengesahkan bahawa bayinya dijangkiti virus Toxoplasma (diperolehi daripada kucing) sejak awal kehamilan. Dyna memberi keterangan, “Bayi saya dijangkiti virus Toxoplasma disebabkan kucing (masalah kesihatan yang disebabkan oleh bawaan parasit dalam sel haiwan). Saya minta maaf kepada peminat kucing atau yang memelihara kucing sebab ini mungkin agak sensitif. Saya nak jelaskan apa yang berlaku tetapi saya tidak pernah salahkan kucing, saya terima takdir ini. Mungkin Allah SWT ingin menguji saya.”
Walaupun sukar diterima, Dyna menganggap ini sebagai takdir yang sudah ditentukan untuk dirinya dan suaminya. Dalam ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman serupa mengenai penyakit toksoplasmosis yang disebabkan oleh virus Toxoplasma daripada kucing.
@dynayusof88 Sy bukan peminat kucing , sy tak pernah sentuh atau uruskan kucing , dan virus ni mmg serang janim dalam kadungan momy . Saya tak salahkan kucing , itu dah takdir ujian untuk kami 🤲🏼.. sy tak boleh cerita panjang sakitnya sampai ke harini 😭 Sy hanya share pengalaman sy ❤️#jamumodenvdare #fyp #madamD #toxplasmosis ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
BACA:
Sering berlaku dan ‘tak manis’, pendakwah tegur dj kenduri baca doa masa tetamu makan
Elak dan kawal ketagihan anak makan jajan, bapa nekad kunci peti ais dengan mangga
Didera dan tak dibenarkan hamil, pengacara TV hampir-hampir tamatkan riwayat hidup sendiri