Ibu tunggal tanggung derita diikejar ceti haram gara-gara adik bongsu, siap ugut nak bakar dan simbah cat

Ibu tunggal tanggung derita diikejar ceti haram gara-gara adik bongsu, siap ugut nak bakar dan simbah cat.

“Saya ingin menghabiskan saki baki hayat saya dengan tenang, namun perkara sebaliknya berlaku apabila saya sekeluarga menerima ugutan daripada ceti haram,” kata penghidap barah pangkal rahim tahap empat, Foo Chi Chin, 54.

Ibu tunggal itu berkata, ia berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab anak lelaki bongsunya yang berulang kali berhutang dengan ceti haram.

Menurutnya, sehingga kini dia sekeluarga terpaksa membayar hutang lelaki itu kira-kira RM100,000 termasuk menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya serta dipinjam daripada saudara-mara dan kenalan.

Katanya, keluarganya tidak sanggup untuk terus dipergunakan anak lelakinya itu bagi melangsaikan hutang dan menampung kos hidup kerana menganggur.

“Saya tidak mampu bertahan lagi dengan sikap anak yang mula menagih dadah sejak 18 tahun dan sudah dua kali dimasukkan ke pusat pemulihan.

Ibu tunggal tanggung derita diikejar ceti haram gara-gara adik bongsu, siap ugut nak bakar dan simbah cat.

“Selain berhutang dengan ceti haram, dia juga pernah reka cerita kononnya dia diperangkap sebuah sindiket di Thailand dan meminta kami untuk membayar wang tebusan RM20,000.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya pada Jun lalu dan ketika itu dia masih meminta wang sebelum menghilangkan diri,” katanya yang didiagnos menghidap barah sejak dua tahun lalu.

Chi Chin berkata, pada 25 September lalu, anak sulungnya menerima mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa Chia Jun membuat pinjaman RM2,000 daripada ceti haram.

Menurutnya, ceti haram berkenaan juga ugut mahu menyimbah cat, membakar rumah dan akan mengganggunya hingga anak sulungnya membuat laporan polis di Balai Polis Desa Cemerlang di sini pada 25 September lalu.

“Saya hanya bergantung kepada bantuan anak sulung ketika ini dan saya juga berulang-alik ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menjalani kemoterapi sebulan sekali.

Ibu tunggal tanggung derita diikejar ceti haram gara-gara adik bongsu, siap ugut nak bakar dan simbah cat

“Akibat bimbang dengan ugutan itu, saya terpaksa tinggal di rumah ibu di Mersing buat masa ini.

“Saya sudah menjalani 16 kali rawatan kemoterapi dan doktor menyatakan saya perlu menjalani beberapa sesi rawatan bagi membolehkan saya bertahan.

“Kerana masalah ini, saya terkesan daripada segi mental dan bimbang ia boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan,” katanya yang membuat aduan kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di sini hari ini.

Jimmy Puah berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak polis dalam usaha membantu wanita itu.

“Ibu tunggal berkenaan tidak bersalah dan dia juga tidak memberi sebarang jaminan atau menandatangani dokumen ketika anaknya mendapatkan pinjaman daripada ceti haram,” katanya.

BACA:
Pelanggan berang restoran makanan segera terkenal caj satu pek sos cili dengan harga RM1
“Tak payah jadi influencer la kalau cetek ilmu” – Pempengaruh tak boleh teka bendera negeri dikecam netizen
Veteran tentera alami kegagalan organ penting jadi orang kedua yang selamat terima jantung babi