Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu

Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu.

Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk seorang ibu yang tergamak membuang bayi sendiri ke dalam tong sampah sejurus selepas dilahirkan.

Bayi malang tersebut dilahirkan ketika ibu berada di dalam lif sebuah bangunan kediaman di China.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita terbabit yang didakwa sedang bercuti di Chongqing, memasuki lif dengan membawa beg pakaian pada 21 Ogos.

Dia memakai overall dan membongkok di sudut dalam lif tersebut sebelum mengeluarkan bayi dari bahagian bawah pakaiannya.

Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu

Wanita itu kemudian menggunakan kertas tisu untuk mengelap darah bayi, kasutnya dan lantai lif seperti dilaporkan akhbar China Huanqiu.com pada hari Sabtu.

Selepas lif berhenti, wanita itu keluar dan membuang bayi itu ke dalam tong sampah lobi malah menggunakan kertas tisu untuk menyembunyikan bayi baru lahir itu.

Pun begitu, perbuatannya disedari seorang lelaki warga emas, yang kebetulan berada di lobi berkenaan.

Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu

Dia yang menyedari kelakuan aneh wanita terbabit kemudiannya melihat ke dalam tong sampah.

Pada malam itu, bayi yang masih hidup itu ditemui oleh penduduk, yang menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum membawanya ke hospital.

Seorang kakitangan hospital, yang tidak dikenali, dipetik oleh Huanqiu sebagai berkata bahawa bayi itu dibenarkan keluar beberapa hari kemudian dan kini kembali bersama wanita itu dan pasangannya.

Sumber tekan sini

BACA:
India bakal mencipta sejarah dan mendahului kuasa-kuasa besar, rancang untuk ‘melawat’ matahari
Penyelidik dedah penyedut air kertas lebih bahaya dan banyak toksik berbanding plastik, minta orang ramai lebih berwaspada
“Nampak baik rupanya ada sebab” – Anak angkat yang ditatang wanita mandul makan tuan, kantoi ‘buat projek’ dengan suami