Iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer yang ditulis oleh Steve Jobs dijual pada harga RM817,000

Iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer yang ditulis oleh Steve Jobs dijual pada harga RM817,000.

Dalam satu acara lelongan di RR Auction, Amerika Syarikat (AS), iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer yang ditulis oleh Steve Jobs, dijual pada harga AS$175,759 (kira-kira RM817,000).

Portal Gulf Business melaporkan, artifak itu ialah draf helaian spesifikasi yang mempamerkan Apple-1 yang inovatif dan mempunyai tandatangan Jobs dalam huruf kecil, ‘steven jobs’.

Ia juga mengandungi maklumat hubungan, termasuk alamat dan nombor telefon ibu bapanya, secara sejarah mengaitkannya dengan ibu pejabat asal syarikat komputer Apple.

Dilaporkan, iklan itu dicipta pada helaian pengikat 8.5 x 11 sentimeter, ditulis dalam dakwat hitam pada tahun 1976 dan menggariskan aspek teknikal lanjutan Apple-1.

Iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer  yang ditulis oleh Steve Jobs dijual pada harga RM817,000

Butiran draf iklan itu, Jobs menyerlahkan ciri komputer, bekalan kuasa, 8K bait RAM, terminal CRT lengkap dengan input papan kekunci, output video komposit dan kebolehkembangan sehingga 65K melalui penyambung tepi.

Iklan itu termasuk dua gambar Polaroid dari The Byte Shop, menangkap papan kekunci Apple-1 yang dipasang sepenuhnya dan skrin komputer yang memaparkan program Apple Basic.

Jobs yang dilahirkan 24 Februari 1955 adalah pengasas, pengerusi, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.

Jobs juga pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.

Beliau juga penerbit eksekutif filem Toy Story (1995).

Jobs meninggal dunia selepas lama menghidap kanser pankreas, pada 5 Oktober 2011.

Azwan Ali kongsi detik ketika dirawat perawat islam, tahan sakit masa ayat suci Al-Quran dibacakan
Ibu yang tidak berperikemanusiaan, selamba beranak dalam lif dan buang bayi dalam tong sampah, siap cuci darah guna tisu
India bakal mencipta sejarah dan mendahului kuasa-kuasa besar, rancang untuk ‘melawat’ matahari