Hantu Pocong adalah entiti ghaib yang dikenali dengan ciri-ciri berpakaian kain kafan. Di beberapa tempat di Malaysia, Pocong juga dikenali sebagai hantu bungkus yang kononnya muncul selepas seseorang meninggal dunia.
Menurut beberapa cerita dari zaman dahulu, Pocong merupakan manusia yang terperangkap dalam kain kafan dan jika ikatan tersebut tidak dibuka selepas 40 hari kematian, tubuhnya akan bangkit melompat keluar dari kubur.
Namun, berdasarkan laporan CNBC dan kajian seorang peneliti British yang merantau ke tanah Nusantara, diketahui bahawa sebelum Pocong menjadi terkenal dengan gerakan melompat, sebenarnya mereka mampu berjalan.
Pada tahun 1906, dalam buku bertajuk Kepercayaan Melayu yang ditulis oleh seorang pegawai kolonial British, Richard James Wilkinson, dijelaskan bahawa terdapat hantu yang diikat dengan kain kafan yang dipanggil hantu bungkus atau Pocong.
Menurutnya, disebabkan kakinya diikat, Pocong tidak dapat melompat atau berjalan. Sebaliknya, mereka bergerak dengan berguling-guling.
Selain itu, Suwardi Endraswara, seorang profesor sastera di universiti di Indonesia, turut menyatakan bahawa Pocong adalah hantu perempuan berpakaian putih yang bergerak dengan berjalan.
Walau bagaimanapun, satu persoalan yang menarik ialah bagaimana Pocong yang awalnya dikatakan bergerak dengan berguling, kini telah berubah kepada gerakan melompat?
Ada yang berpendapat bahawa filem mungkin menjadi punca perubahan ini dan menyebabkan imaginasi masyarakat Nusantara beralih dari gambaran Pocong yang berjalan kepada yang melompat.
Jika kita mengingatkan zaman awal 2000-an, filem seperti Momok telah memberikan impak besar terhadap cara kita membayangkan rupa, bau, dan bentuk hantu.
Selain itu, cerita-cerita lama juga memainkan peranan penting dalam membentuk imaginasi manusia mengenai bagaimana hantu itu seharusnya kelihatan. Ada yang berpendapat bahawa pakaian terakhir seseorang yang meninggal selalunya menjadi gaya atau fesyen hantu tersebut. Jika seseorang dikafankan, maka imaginasi manusia akan mencipta gambaran hantu yang memakai kain kafan.
Namun, apakah di Eropah, di mana kebanyakan orang meninggal dunia mengenakan pakaian sehari-hari, hantunya juga akan memakai pakaian yang serupa?