Individu kecewa sikap ‘jiran dari neraka’, selamba buang air cucian mesin basuh dari tingkat atas

Sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini telah mengundang simpati netizen. Dalam video tersebut, seorang wanita berkongsi kisah duka akibat sikap mementingkan diri jirannya yang tinggal di tingkat atas.

Wanita yang menggunakan nama pengguna TikTok @decembery itu menunjukkan bagaimana air buangan mesin basuh jirannya telah membasahi bahagian belakang rumahnya. Air tersebut mengalir deras sehingga ke kawasan berhampiran pintu rumahnya, menyebabkan pakaian yang dijemur menjadi basah kuyup.

“Kalau buang air mesin tak kacau kawasan rumah, saya okay je. Ini korang tengok la sendiri. Depan pintu kot!” kata wanita itu dalam video tersebut.

Individu kecewa sikap 'jiran dari neraka', selamba buang air cucian mesin basuh dari tingkat atas

Menurut wanita ini, dia sudah beberapa kali menegur pasangan suami isteri di tingkat atas, namun tegurannya seolah-olah jatuh ke telinga yang pekak.

“Ingat lagi masa raya lepas, saya jerit dari bawah sebab dah tak tahan. Saya sidai baju raya kami sekeluarga, kain telekung. Mereka buang air terus basah semua kain yang saya jemur,” luahnya di ruangan kapsyen.

Situasi ini bukan sahaja menyebabkan pakaiannya rosak, malah turut menimbulkan kebimbangan akan masalah kesihatan seperti pembiakan nyamuk akibat air yang bertakung.

Lebih menyedihkan, wanita itu menyatakan bahawa kawasan perumahannya merupakan flat lama tanpa sebarang pihak pengurusan yang boleh dihubungi untuk membuat aduan.

Disebabkan tiada jalan penyelesaian yang baik, wanita ini terpaksa akur dengan situasi tersebut walaupun hatinya terasa kecewa dengan sikap jirannya yang tidak bertanggungjawab.

@aydamyda_12

Bukan tak pernah Tegur, dah 3 kali rasa nya tegur jiran atas ni, tapi laki bini (india) buat tak tahu je. diorang buang air ke luar sehingga menganggu rumah aku🥺. Aku ni ada anak kecil, rumah pulak paling tepi, bila buka pintu belakang nyamuk sangat banyak ye. Sebab air bertakung dekat tepi. Nak sidai kain dekat luar pun tak boleh, jiran atas ni tak fikir langsung kain yg kita sidai dekat bawah ni. Ingat lagi time raya lepas aku jerit dari bawah sebab tak tahan dah. Aku sidai baju raya kami sekeluarga kain telekung. Diorang buang air terus basah semua kain yg aku jemur. Untuk masa sekarang ni terpaksa lah sidai kain dalam rumah…Tak kan nak pindah rumah pulak😩😩. Dan tak sanggup nk hadap hari2. Habis berlumut dekat dinding tu. #areaportklang

♬ original sound – macchiato. – macchiato.
BACA:
Lelaki suara perempuan fasih berbahasa melayu, cuba positif walaupun sering dikatakan sengaja ‘buat-buat’
Pemilik menangis tak berlagu, kereta parkir dekat Stesen LRT Awan Besar dipecah ‘seseorang’
Budak umur 4 tahun hidup dengan penagih dadah tidur dikelilingi timbunan sampah sarap dalam rumah