Individu terakam suara jeritan di tanah perkuburan, ramai meremang dengar

Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kewujudan alam kubur, barzakh, syurga, dan neraka setelah kematian seseorang di dunia ini. Iman kepada perkara-perkara ghaib ini termasuk dalam ayat-ayat al-Quran dan merupakan sebahagian daripada Rukun Iman.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan apakah manusia yang masih hidup dapat mendengar perkara yang berlaku di alam ghaib. Ini kerana terdapat beberapa video yang pernah menjadi viral mendakwa terdengar bunyi jeritan atau seksaan di alam kubur.

Rentastic Register Page

Baru-baru ini, satu video yang memaparkan dengan jelas suara jeritan manusia di sebuah kawasan tanah perkuburan Islam turut menjadi viral di media sosial. Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @najwanaajiah dan menunjukkan seorang wanita mendengar suara ‘aneh’ ketika menziarahi kubur ibunya.

Dalam video itu, suara seperti seseorang meminta pertolongan dapat didengar dengan jelas. Wanita tersebut bertanya kepada penonton video, “Korang tahu tak bunyi apa?”

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kawasan tanah perkuburan di Kajang, Selangor.

@najwanaajiah tak tahu bunyi apa? ada yang tau bunyi apa?? 😥😥😥 #tanahkubur #bunyipelik #2024 ♬ original sound – SPcreative

Beberapa netizen percaya bahawa bunyi tersebut datang dari alam kubur, dan beberapa daripada mereka berkongsi pengalaman serupa yang pernah mereka alami. Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa bunyi yang didengar itu mungkin berasal dari haiwan seperti kambing atau lembu di kawasan tersebut.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, pada tahun 2020, pernah menyatakan bahawa tidak mustahil bagi seseorang untuk mendengar bunyi seksaan kubur jika Allah SWT mengizinkannya. Beliau memberikan pandangan ini semasa mengulas rakaman video seorang wanita yang mendakwa terdapat suara misteri seperti merayu dan meminta tolong dari dalam kubur.

BACA:
Dalam aplikasi nampak cantik, lelaki batal niat lepas lihat sekeliling hotel yang tampak seram dan suram
Lelaki dah meninggal balik rumah lepas keluarga buat pengecaman mayat 2 bulan sebelumnya
Ibu bapa ‘bakal isteri’ terkejut, anak bawa pulang jongkong emas bernilai RM69,197 dalam kotak warna merah