Individu terkejut jumpa lipas lepas minum separuh air dalam bungkusan, ini jawapan premis lepas minta ganti rugi

Seorang individu telah membuat aduan mengenai penemuan lipas dalam bungkusan air minuman Horlicks yang dibelinya di sebuah premis di Putrajaya.

Pengadu mendakwa bahawa selepas meminum separuh daripada air Horlicks, dia melihat satu objek yang timbul dan mendapati seekor lipas berada dalam air tersebut.

Pengadu telah meminta pekerja di kedai tersebut untuk memulangkan kembali wangnya, namun dikatakan pekerja tersebut enggan untuk berbuat demikian.

Sebagai tindak balas terhadap aduan ini, pengadu telah membuat laporan kepada pihak berwajib berkenaan dengan premis tersebut.

Individu terkejut jumpa lipas lepas minum separuh air dalam bungkusan, ini jawapan premis lepas minta ganti rugi

Menurut laporan, hasil siasatan ke atas premis tersebut menunjukkan kehadiran lipas di dalam ruangan penyimpanan bahan mentah, selain dari tahap pencahayaan yang tidak memuaskan di dalam ruangan penyimpanan makanan.

Sebagai tindakan lanjut, satu notis kompaun telah dikenakan kepada premis tersebut.

BACA:
Sudah jatuh ditimpa tangga, pelakon hidup melarat selepas cerai, ‘dipalau’ anak-anak dekat whatsapp
Turutan negara yang menyambut tahun baru dari yang terawal dan terakhir, tanda bumi ini bulat bukannya mendatar
Majlis perkahwinan paling ‘rare’! Tetamu boleh pilih bermacam jenis mi segera sebagai menu hidangan