Ingatkan guna minyak sedap dah, rupanya guna pasir pantai lagi sedap untuk goreng keropok lekor

Ingatkan guna minyak sedap dah, rupanya guna pasir pantai lagi sedap untuk goreng keropok lekor.

Biasanya, apabila ingin menggoreng keropok, kita menggunakan minyak. Tetapi tahukah anda bahawa ada cara unik untuk menggoreng keropok tanpa minyak, tetapi menggunakan pasir pantai yang bersih?

Mungkin agak sukar dipercayai pada mulanya, namun ia adalah kenyataan. Puan Emma Saz, seorang pengguna Facebook, telah berkongsi dalam Reels tentang satu keunikkan di Terengganu yang mungkin tidak diketahui ramai.

Dalam video yang dimuat naiknya, beliau memerhatikan seorang peniaga yang menarik perhatiannya. Peniaga tersebut sedang menggoreng keropok lekor menggunakan pasir pantai. Adam, anak kepada Puan Emma, bertanya, “Macam mana nak makan?” apabila melihat peniaga tersebut sedang menggoreng keropok.

Dengan tenang, peniaga itu menjawab, “Boleh dimakan. Kita menggunakan pasir pantai, tidak menggunakan pasir sungai.”

Sambil menggoreng keropok, peniaga tersebut turut berkongsi beberapa informasi tentang proses menggoreng keropok menggunakan pasir.

ingatkan guna minyak sedap dah, rupanya guna pasir pantai lagi sedap untuk goreng keropok lekor

“Goreng dengan pasir ini tidak secepat menggoreng dengan minyak. Apabila sudah mengembang, kita perlu menggali dan mengorek semula keropok,” jelasnya.

Dalam video tersebut, terlihat peniaga tersebut menggali dan menyelaputi keropok dengan pasir pantai. Tindakannya dilakukan sehingga keropok tersebut mengembang, menandakan bahawa ia sudah siap digoreng.

Peniaga tersebut juga menyatakan bahawa keropok yang digoreng dengan cara ini tidak mengembang sepertimana digoreng dengan minyak. Tetapi menurutnya, rasa keropok tersebut lebih sedap berbanding yang digoreng dengan minyak.

“Kerana ia tidak berminyak dan rasa ikan dapat dirasai,” kata peniaga tersebut.

Dia juga menjelaskan bahawa pasir akan melekat pada keropok sekiranya api terlalu besar. Apabila keropok itu diangkat, peniaga kedai tersebut membersihkan butiran pasir yang mungkin ada di atas keropok.

Keropok yang telah digoreng diberikan kepada Adam untuk dicuba. Adam kelihatan ragu-ragu untuk mencuba, namun akhirnya dia mengambil keropok tersebut untuk dimakan.

Dia menjamahnya dengan penuh berhati-hati. Apabila Puan Emma bertanya tentang rasa keropok itu, Adam hanya menjawab, “Tebal,” sambil mengunyah keropok tersebut.

Video milik Puan Emma itu berakhir di situ sahaja. Menarik, bukan? Untuk pengetahuan semua, video itu diambil di Muzium Terengganu semasa demonstrasi di Kampung Budaya.

FACEBOOK

BACA:
Pekerja kedai roti daging halal dipecat kerana pakai rantai salib, ramai netizen persoal majikan
Berang dengan perbuatan mesra pasangan ini, netizen tag PDRM beramai-ramai dekat komen
Tak payah masam muka nak masuk kelas, pihak universiti bagi cuti untuk perempuan yang datang bulan