“Ini perabot rumah saya” – Penyewa dari neraka, jual perabot ‘owner’ diam-diam dalam facebook

Menyewakan rumah sering disangka sebagai cara mudah untuk mendapatkan keuntungan. Namun, realitinya tidak selalu seindah yang dijangka. Ada kalanya, pemilik rumah pula yang terpaksa menanggung kerugian besar akibat kelakuan penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook yang mendedahkan kisah seorang pemilik rumah sewa yang ditipu oleh penyewanya. Penyewa tersebut telah menjual hampir kesemua perabot di rumah itu tanpa pengetahuan pemiliknya.

Wanita yang merupakan pemilik rumah tersebut berkongsi hantaran di Facebook dengan harapan dapat mencari individu yang telah membeli perabot dari penyewanya. Dia ingin menyelesaikan masalah ini dan mendapatkan kembali perabotnya.

"Ini perabot rumah saya" - Penyewa dari neraka, jual perabot 'owner' diam-diam  dalam facebook

Menurut wanita itu, penyewanya telah menjual perabot-perabot tersebut melalui beberapa grup Facebook dengan tujuan untuk mendapatkan wang dengan segera.

Hantaran wanita itu telah mendapat banyak perhatian daripada netizen. Ramai yang mengecam tindakan penyewa yang tidak bermoral itu kerana sanggup menjual perabot rumah yang bukan miliknya demi keuntungan diri sendiri.

Lebih mengejutkan lagi, ada individu yang tampil mendakwa bahawa penyewa tersebut juga pernah melakukan penipuan dalam urusan rumah sewa sebelum ini. Dia menyamar sebagai pemilik kediaman dan mengambil deposit mangsanya.

Berikutan nasihat netizen, wanita itu telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kisah ini menjadi peringatan kepada semua pemilik rumah sewa agar lebih berhati-hati dalam memilih penyewa. Pastikan anda membuat perjanjian sewa yang jelas dan lengkap serta mengambil gambar atau video keadaan rumah sebelum disewakan.

Selain itu, penting juga untuk melakukan pemeriksaan berkala ke rumah yang disewakan untuk memastikan penyewa tidak melakukan perkara yang tidak diingini.

Bagi penyewa pula, jagalah amanah yang diberikan oleh pemilik rumah. Jangan sesekali melakukan perbuatan yang boleh merugikan pemilik rumah seperti menjual perabot atau barang-barang lain di rumah yang disewakan.

Lihat Lebih Lanjut Di Sini

BACA:
Lebih 550 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini, tular video mayat bergelimpangan tepi jalan
Gara-gara tutur kata bahasanya tidak difahami pihak berkuasa, wanita ini habiskan sisa hidup di rumah sakit jiwa
Kecoh satu masjid, jemaah terkejut dengar tangisan bayi merengek di ruang solat wanita