Ini sebab kenapa wanita Kelantan lebih gemar pilih warga asing sebagai suami

Bagi mereka yang masih bujang, jodoh sebenarnya mungkin terletak di luar negara Malaysia. Ini disebabkan oleh data yang menunjukkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk berkahwin dengan warga asing sebagai cara untuk mengatasi kesunyian.

Berdasarkan laporan New Straits Times, wanita di Kelantan yang memiliki keupayaan dan perniagaan lebih cenderung untuk memilih pasangan hidup dari kalangan warga asing.

Rentastic Register Page

Wanita-wanita di Kelantan ini tidak hanya bersedia menyediakan segala keperluan untuk suami warga asing mereka, tetapi turut menawarkan elaun bulanan, penginapan, kereta, dan menguruskan perniagaan mereka sendiri.

Semua ini merupakan sebahagian daripada perjanjian perkahwinan kontrak yang mereka bentuk. Kebanyakan pasangan ini membuat perjanjian tersebut untuk hidup bersama dalam satu tempoh tertentu, biasanya tidak melebihi lima tahun.

Data imigrasi bagi tahun 2022 mencatat sebanyak 17,137 permohonan pas lawatan sosial bagi pasangan warga asing di Kelantan. Daripada jumlah tersebut, 12,000 permohonan dikemukakan oleh wanita-wanita Kelantan.

Wanita-wanita ini cenderung untuk memilih pasangan hidup dari negara seperti Thailand, Bangladesh, dan Myanmar sebagai cara untuk mengatasi kesunyian kerana masih belum berkahwin.

Selain daripada keinginan untuk memperluaskan perniagaan, wanita-wanita ini juga memilih warga asing kerana rata-rata lelaki tempatan tidak berminat untuk berkahwin dengan wanita yang lebih berumur.

BACA:
“Saya bersyukur bapa tiri meninggal dunia, ingat kan sampai situ je, dia kejar saya sampai dalam mimpi”
Sering terpalit dengan kontroversi panas, jawapan Sophia Albarakbah buat ramai tersentak
JAIS dikerah buat siasatan, tular video zikir sambil menari dalam majlis agama