Isteri dedah suami menyesal beli banyak rumah, terpaksa kerja keras bayar hutang bank sampai tak ada masa dengan keluarga.
Arwah suami menyesal beli banyak rumah. Dalam kehidupan perlulah bijak mengatur kewangan. Jangan menyesal beli banyak rumah hingga terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Sememangnya hutang rumah akan jadi komitmen yang lama seumur hidup. Kebanyakkan kita hanya mampu membeli rumah sekali seumur hidup. Ramai juga yang menghabiskan usianya untuk membayar wang pinjamam perumahan.
Seperti mana yang diluahkan oleh Auntie Amirah Ferdi menerusi akaun Tik Toknya, wanita ini berkongsi kisah tentang arwah suaminya yang menyesal membeli banyak rumah dan terpaksa menanggung hutang.
Arwah Suami Menyesal Beli Banyak Rumah
Auntie Amirah Ferdi yang berusia 62 tahun tapi kekal kelihatan awet muda ini memberi nasihat mengikut pengalaman dirinya. Nasihat yang diberikan juga beguna buat mereka yang mengamalkan kehidupan sederhana dan ‘no pressure’ bila usia meningkat.
“Teringat masa kitorang muda-muda dulu, terpaksa bekerja keras nak gaji besar sebab nak beli rumah untuk kesenangan hidup.
“Tapi auntie ingat masa bercakap dengan arwah suami dulu, dia rasa menyesal berhutang pada bank sepanjang hayat.
Sanggup Menyewa Rumah Sepanjang Hayat
“Jika boleh ubah masa dia tak nak langsung ambil loan dan beli rumah dua tiga biji. Dia kata dia sanggup sewa sepanjang hayat.
“Duit yang dibayar bank dia sanggup simpan dan pergi holiday dan spent untuk holiday dengan anak-anak dia.
“Kalau mati dia akan tinggalkan semua. Anak-anak pun belum tentu akan duduk di rumah dia dan suka rumah yang dia beli.
“Malah dia juga berkata bila mati, anak dia akan jual dan tak hargai rumah tersebut.
Tak Payah Serabut Fikir Hutang Setiap Bulan
“Jika kita bukan orang senang dan kerja gaji tak berapa besar. Kita tak payahlah nak bersusah payah serabutkan fikiran macamana setiap bulan nak bayar komitmen. Kena fikir makan pun tak cukup sebab takut bank tarik rumah, tarik keretalah dan macam-macam.
“Pada Auntie lebih baik kita menyewa rumah atau sewa bilik.
“Duit yang ada simpan jangan belanja. Pakai masa tua nanti.
“ENJOY DENGAN DUIT SIMPANAN KITA MASA TUA NANTI. JANGAN BERADA DALAM TEKANAN, HARGAILAH KEHIDUPAN ANDA.
“Rasanya tak perlu menunjuk kita ada harta.
“Pastikan duit yang ada mampu nak bayar sewa dan perubatan.
“Orang selalu tanya Auntie kenapa umur 62 nampak muda, salah satu benda yang buat jiwa Autie macam orang muda sebab Auntie tak ada hutang.
“Tidur lena 7-8 jam satu sehari. Bila tak ada masalah badan akan automatik sihat,” kongsi Auntie Amirah.