Sebuah rakaman video telah menjadi viral di media sosial, memperlihatkan seorang suami yang tertangkap sedang curang dengan isterinya ketika keluar bersama seorang wanita lain.
Video yang dimuat naik oleh isteri lelaki itu di TikTok menunjukkan dia dengan tegas menyerbu suaminya yang sedang berdating di sebuah kafe.
Dalam video tersebut, isteri lelaki itu kelihatan berjalan menuju ke tempat suaminya duduk dan menegurnya dengan tenang. Dia kemudian menarik kerusi dan duduk bersama mereka, menyebabkan suaminya terkejut dan terdiam.

Menurut isteri tersebut, dia telah lama mengetahui tentang kecurangan suaminya dan telah merancang untuk menangkapnya. Dia kecewa dengan suaminya yang tidak bekerja tetapi masih tergamak untuk menjalin hubungan dengan wanita lain, apatah lagi dengan mengaku bujang.
Isteri tersebut juga tidak menyalahkan wanita yang terlibat dalam kecurangan ini kerana dia tahu suaminya yang bersalah kerana berbohong tentang status perkahwinannya. Mereka berdua telah sepakat untuk mendedahkan perbuatan curang ini.
Kisah ini telah menarik perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen menyokong tindakan isteri tersebut. Ramai yang mengecam perbuatan curang suami dan memuji keberanian isteri untuk mempertahankan maruahnya.