Isteri pelik tak disentuh suami lepas 3 hari berkahwin, terkejut dapat tahu rupanya..

Isteri pelik tak disentuh suami lepas 3 hari berkahwin, terkejut dapat tahu rupanya…

Pastinya apabila pasangan baru berkahwin, perasaan cinta dan sayang semakin bertambah antara satu sama lain. Mereka ingin meluangkan masa bersama tanpa mengira waktu.

Namun, satu pasangan dari Indonesia mengalami kejadian yang tidak lazim apabila pengantin lelaki itu sebenarnya adalah seorang wanita. Penyamaran ini terbongkar setelah pengantin perempuan curiga kerana ‘suaminya’ tidak bersentuhan dengannya selepas tiga hari berkahwin.

Meminta kad pengenalan, namun…

Isteri pelik tak disentuh suami lepas 3 hari berkahwin, terkejut dapat tahu rupanya..

Awalnya, ketua kampung Cianjur, Abdullah, mendengar berita mengenai seorang lelaki yang berhasrat untuk meminang seorang wanita di kampungnya. Dengan adanya majlis perkahwinan yang bakal diadakan secara besar-besaran, ketua kampung tersebut menjadi curiga.

Oleh itu, Abdullah memutuskan untuk berjumpa dengan lelaki itu dan meminta kad pengenalan, tetapi lelaki itu memberi alasan dan menyatakan kad pengenalannya telah diambil oleh ibunya yang tidak merestui perkahwinan mereka.

Kerana perkara ini, pihaknya menolak untuk memproses pernikahan tersebut walaupun lelaki itu menawarkan sejumlah wang untuk mendapatkan kelulusan perkahwinan.

Tidak mendapat kelulusan, namun perkahwinan tetap berlangsung?

Beberapa hari kemudian, Abdullah mendengar berita lain yang mengatakan bahawa pasangan tersebut sudah sah sebagai suami isteri, dan pernikahan itu dijalankan di rumah pengantin perempuan.

Isteri pelik tak disentuh suami lepas 3 hari berkahwin, terkejut dapat tahu rupanya..

Pernikahan itu berjalan lancar, dengan pasangan pengantin memakai pakaian tradisional, baju melayu dan baju kurung.

Namun, timbul isu lain apabila diketahui lelaki itu meminjam wang dari penduduk kampung untuk membiayai perkahwinan mereka. Pergaduhan berlaku, dan lelaki itu dibawa ke pejabat daerah untuk menyemak identitinya.

Baru ketahui pengantin lelaki itu sebenarnya seorang wanita

Semasa penyemakan, terbongkarlah bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang wanita asal Kalimantan. Dia memalsukan identitinya untuk menikahi kekasihnya. Abdullah menyatakan bahawa bukan sahaja pihaknya yang tertipu, malah keluarga mempelai wanita juga tidak mengetahui identiti sebenar lelaki itu sebelum perkahwinan.

Namun, perkahwinan mereka terhenti di situ sahaja kerana pasangan tersebut adalah dari jantina yang sama.

@infociranjang Cianjur Viral lagi, bagaimana menurut netizen ? Cianjur– Beredar video viral berdurasi 21 detik pasangan sesama jenis yang dinikahkan secara siri dengan dekorasi pesta pernikahan mewah layaknya pengantin pada umumnya. Dalam rekaman tersebut tampak salah satu pasangan AD yang diketahui berasal dari Kalimantan memakai peci berwarna hitam dan pakaian pengantin laki-laki tengah melakukan proses ijab kabul untuk menikahi CH (mempelai perempuan). Berdasarkan informasi yang dihimpun Peristiwa itu terjadi di Desa Pakuon, Kecamatan Sukaresmi pada 28 November 2023 lalu. Camat Sukaresmi, Latip Ridwan mengatakan, pernikahan sesama jenis itu baru terungkap beberapa hari setelah pernikahan warga dan pihak keluarga yang curiga akhirnya memastikan identitas dari AD. Setelah itu terungkap jika AD merupakan perempuan. “Gara-gara tidak pernah menunjukan identitasnya atau tanda pengenalnya jadi ketahuan kalau AD ini perempuan, bukan laki-laki,” kata Latif, Jum’at, (08/12/2023). Latif menambahkan, menurut informasi pasangan tersebut sudah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu dan berkenalan dari Facebook. Seiring berjalannya waktu, AD mampu meyakinkan orangtua CH untuk serius melangkah ke jenjang pernikahan. “Keluarga perempuannya benar-benar tidak tahu. Dia mengaku sebagai laki-laki, kemudian mengaku tidak punya identitas sehingga sulit ditelusuri. Pada akhirnya terjadilah pernikahan secara siri atau tidak tercatat negara,” kata dia. Baca berita lengkapnya di www.logikanews.co ##cianjur
#viral #sukaresmi #nikah #penikahansejenis #tertipu #infociranjang #beritanasional ♬ suara asli – INFOCIRANJANG CIANJUR
BACA:
Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, bilik penuh sampah sarap sampai jadi sarang binatang dan serangga bahaya
‘Chopstick’ terselit dalam tengkorak selama 5 bulan, hilang penglihatan dan hidung kerap berair
“Masa mula-mula aku bina masjid okay je semua, sampai la ibu aku jatuh sakit, satu hari balik senyap-senyap, nampak isteri..”