Jambatan semulajadi paling unik di dunia, ambil masa 30 tahun dan terbentuk daripada akar pokok beringin

Kenyataan bahawa sebuah jambatan di Barat Sumatera, Indonesia, terbina sepenuhnya daripada akar pokok adalah satu pencapaian yang mengagumkan dan merupakan khazanah dunia yang paling unik.

Penduduk tempatan menggelar jambatan ini sebagai “Jembatan Akar”. Jambatan sepanjang 30 meter di Sungai Batang Bayang ini menghubungkan dua perkampungan kecil di Indonesia. Meskipun kelihatan seperti akar yang terjalin secara semula jadi, sebenarnya jambatan ini ditanam oleh seorang guru tempatan.

Pada tahun 1890, seorang guru bernama Pakih Sohan sedar bahawa anak-anak muridnya dapat lebih cepat sampai ke sekolah jika mereka dapat menyeberangi sungai. Oleh itu, Cikgu Pakih meletakkan buluh sebagai jambatan.

Kemudian, Cikgu Pakih menanam pokok beringin seperti yang dilihat pada hari ini. Apabila pokok beringin di kedua-dua sisi sungai mulai membesar, akar-akarnya mula terjuntai di dalam air dan Cikgu Pakih melilitkan akar-akar pokok beringin tersebut sehingga membentuk jambatan.

Proses pembentukan jambatan akar ini mengambil masa selama 26 tahun sebelum ia cukup kuat untuk digunakan oleh orang ramai. Akar pokok tersebut tumbuh semakin kuat dan panjang seiring berlalunya waktu.

Jambatan semulajadi paling unik di dunia, ambil masa 30 tahun dan terbentuk daripada akar pokok beringin

Kini, kabel logam dan papan diletakkan sebagai penyokong tambahan untuk jambatan akar tersebut. Jambatan ini terus digunakan oleh penduduk tempatan sebagai laluan penghubung. Selain itu, pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menggunakan jambatan akar yang semakin terkenal itu.

Walaupun Cikgu Pakih sudah tiada untuk menyaksikan bagaimana jambatan akar ini membesar, niat murninya untuk membolehkan anak-anak muridnya merentasi sungai dengan selamat telah membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada ramai orang.

BACA:
Memang bukan orang biasa – biasa yang naik kapal Titanic, ini harga untuk satu tiket, cecah RM600,000
Cara yang betul jika mahu buang air dalam hutan – ‘benda mudah tapi ramai yang salah’
Suami setuju bayar RM1.39 juta jika isterinya…