Jangan main telefon sambil buang air, boleh mendatangkan penyebaran kuman ke dalam rumah.
Siapa di sini kerap menggunakan telefon semasa membuang air besar di tandas? Amalan ini dilakukan oleh banyak orang kerana proses membuang air besar kadang-kadang mengambil masa yang lama dan membosankan.
Namun, tahukah anda bahawa membawa telefon bimbit ke dalam tandas boleh membawa risiko kesihatan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit?
Menurut satu perkongsian daripada Facebook Kesihatan Awam Malaysia (PHM), duduk terlalu lama di dalam tandas boleh meningkatkan risiko penyakit buasir. Apabila seseorang menggunakan telefon di dalam tandas, individu tersebut cenderung untuk duduk lebih lama daripada biasa.
PHM turut menyatakan bahawa telefon bimbit juga boleh terjatuh ke dalam tandas, yang boleh mengganggu privasi orang lain.
Selepas menggunakan tandas, kita biasanya akan membasuh tangan dengan sabun, tetapi telefon bimbit kita mungkin tidak mendapat pembersihan yang sama.

“Oleh itu, bakteria dari tandas boleh tersebar ke tempat lain, termasuk meja makan dan bilik tidur,” katanya.
Oleh itu, PHM menasihati orang ramai supaya tidak membawa telefon bimbit ke dalam tandas kerana ia boleh menyebabkan penyebaran bakteria dan meningkatkan risiko penyakit buasir.
PHM juga menambah bahawa masa yang sesuai untuk membuang air besar secara sihat adalah tidak melebihi 10 minit.