Jarang-jarang berlaku, lelaki terselamat dipanah petir sebanyak 2 kali, kejadian dilihat oleh anak dan isteri

Jarang-jarang berlaku, lelaki terselamat dipanah petir sebanyak 2 kali, kejadian dilihat oleh anak dan isteri. Kata orang, jodoh dan maut itu penuh misteri. Seorang lelaki di China dilaporkan masih hidup meskipun selepas dipanah petir sebayak dua kali dalam masa kurang lima minit.

Menurut lelaki itu, dia menganggap dirinya bertuah kerana tidak meninggal dunia selepas insiden itu. Untuk pengetahuan anda, peluang seseorang untuk hidup akibat disambar petir semasa hidup, nisbahnya hanyalah kira-kira satu dalam 15,300. Manakala peluang untuk yang disambar petir sebanyak dua kali adalah lebih rendah.

Sumber melaporkan terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kilat atau petir tidak pernah menyambar di tempat yang sama sebanyak dua kali. Namun, ia kadangkala berlaku, seperti apa yang terjadi kepada Liu Nan yang disambar petir dua kali dalam masa kurang lima minit.

Difahamkan, Liu berada di luar rumahnya di Zunyi, Wilayah Guizhou, China semasa ribut petir pada bulan lalu. Liu tiba-tiba melihat cahaya putih dari langit, sebelum hampir tidak menyedarkan diri dan rebah ke lantai.

Liu mengalami kesukaran untuk mengingati apa yang berlaku pada ketika itu, apabila tiba-tiba sekali lagi dia melihat cahaya terang. Ketika cuba bangun untuk kali kedua, Liu mendapati isteri dan anak-anaknya kelihatan dalam ketakutan.

Jarang-jarang berlaku, lelaki terselamat dipanah petir sebanyak 2 kali, kejadian dilihat oleh anak dan isteri

Dia dibawa ke hospital tempatan dan disahkan telah disambar petir sebanyak dua kali. Liu mempunyai kesan melecur tahap ketiga pada kaki, pinggang dan punggung.

“Saya baru sahaja disambar petir pada masa itu, dan mengambil masa beberapa saat untuk bangun. Kemudian cahaya itu datang lagi, dan kilat itu menyambar ketika saya berbaring di atas tanah.

“Walaupun saya sedar terkena panahan petir, saya tidak tahu bahawa seluruh tanah turut dipanah petir,” katanya.

Untuk rekod, luka melecur pada tubuh Liu masih belum sembuh meskipun sudah sebulan berlalu. Bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan yang stabil dan boleh hidup seperti biasa.

BACA:
Perasan tak lembu makan rumput akan menghadap arah yang sama? Tak sangka ada sebab yang ramai tak tahu