“Jauh beza masa kami bercinta, lain pula cerita lepas dia memperisterikan aku, apa salah aku sampai jadi macam ni”.
Nama saya Mia. Umur 30-an. Sudahpun berkahwin. Kenal suami dalam group perkenalan yang ala ala Islamic. Alhamdulillah orang kampung juga rupanya.
Suami adalah duda anak 2. Bekerja di lautan selama 2 minggu dan akan berasa di daratan 2 minggu.
Masa perkenalan kami, saya tinggal di KL. Selepas 5 bulan kenal, kami nikah. Tempoh perkenalan yang singkat dan cukup indah.
Hari pertama kami jumpa di sertai ibu dan ayah saya kemudian barulah dia meminta izin untuk membawa saya keluar terus di ajak nikah. Kami kenal hati budi dan cerita masing masing dalam telefon sahaja.
Sebelum kahwin saya dah tender resignation. Jadi sebulan kahwin dah tinggal di rumah suami. Suami yang saya kenal masa sebelum kahwin cukup lain dari selepas kami kahwin.
Baru saya tahu dia ada baran yang semua orang pun tahu dia garang tapi saya paling nampak true color nya. Bila tanya kenapa berubah, dia cakap hidup selepas kahwin tak sama langsung dengan sebelum kahwin.
Yes i admit that.
Tapi…. saya cumalah mahu di layan seperti selayaknya isteri. Saya selalu jadi tempat dia marah marah. Walaupun saya bukan punca.
Kalau saya salah, saya yang akan minta maaf. Dan kalau pun bukan salah saya, saya juga yang akan minta maaf. Saya tak pernah merasa dipujuk sebagai seorang isteri.
Perwatakan dia kasar. Cakap dengan saya kasar. Dengan kawan kawan boleh pulak gelak ketawa bergurau senda. Saya cuba buat buat manja dan ingin bergurau senda tapi saya di tepis.
Pernah juga saya suspect dia ada orang lain tapi tak ada bukti lamgsung untuk saya kaitkan sebab sepanjang masa dia bekerja even ketika di daratan pun dia ada bisnes dia sendiri. Dan sepatutnya money isnt an issue.
Saya pernah di layan teruk kerana saya tak kerja. Dia kata saya ni terlalu depend kepada dia sedangkan bila saya kerja dia banyak susahkan saya. Selalu sebabkan saya lewat pergi kerja kerana kerenah dia yang bermacam macam.
Pernah juga saya tengah bekerja di hantarnya anak anak untuk saya jaga di office. (Boss saya geleng kepala je masa benda ni jadi).
Saya pernah terfikir untuk bercerrai sebab saya rasa dia benci saya. Saya pulak tak pernah hilang rasa sayang walaupun hati dah hancur remuk. Entah la mungkin sifat saya begitu. Terlalu mudah memaafkan.
Sekarang isu anak pulak jadi perbalahan kami. Since dia kerja macam tu, saya ada minta dia ambil cuti untuk buat rawatan iui. Ya dia ambil.
Tapi sepanjang rawatan saya pergi sendiri sampai doktor, nurse tertanya tanya saya mana suami kamu. Dia hanya datang masa hari pengeluaran sperma sahaja. Itu pun kereta asing asing.
Selepas selesai bahagian dia, saya pun jalani rawatan sendirian sampai doktor pun tanya soalan sama berulang ulang mana suami kamu.
Selesai sahaja rawatan, berjalan lah saya terkengkang kengkang ke kereta seorang. Sedih. Sambil berjalan saya menangis menahan sakit dan sayu hati.
Dan seperti di jangka saya gagal dalam rawatan tu. Masa ni emosi saya sangat tak stabil. Saya takut untuk bincang dengan dia sebab dia seolah olah tak hairan pun dengan keadaan ni.
Saya whatsapp dia. Dia tak reply. Saya cakap sendiri dengan dia, jawapan dia jangan try hard sangat.
Kalau Allah nak bagi, Dia bagi. Masa ni saya tahu dia memang tak nak usaha lagi dah. (Sepatutnya kami ada rawatan susulan tapi dia tak bagi kerjasama).
Ya saya tahu sebelum ada yang kecam, betul cakap suami saya. Belum rezeki. Tapi, tak salah kan usaha lebih sebab kami mampu. Lebih dari mampu.
Saya fikir mungkin Allah nak kami bayar lebih sebab nak kami keluarkan lebih dari apa yang masuk.
Pernah juga saya ajak dia ‘bersama’ (selepas rawatan iui gagal) tapi dia balas ajakan saya dengan cara balas dendam.
Dia terus masukkan walaupun saya cakap sakit, sakit banyak kali tapi dia tak peduli and dia nampak saya menangis tahan kesakitan. Allahu pedihnya bila ingat.
Hurmmm entah la. Last last saya fikir daripada saya stress saya biarkanlah je lah benda ni berlaku.
Dan sekarang saya demam. Dah buat swab test tapi negatif. Semalam saya ajak dia hantar saya ke klinik lepas dia balik dari kerja.
Mukanya masam mencuka tapi tetap di bawaknya saya. Tapi sepanjang dalam kereta dia mengeluh. Sedihnya hati.
Bila pagi ni saya tanya mengenai perkara ni dia cakap dia penat bekerja.
Untuk pengetahuan korang sebelum ni saya pernah sakit teruk sampai kena admit tetap juga saya pergi sendiri. Cuma kali ni saya betul betul tak larat nak pegang stereng kereta.
Saya rasa saya isteri yang di benci. Saya nak saja pergi dari perkahwinan ni tapi terlalu banyak yang saya fikirkan.
Saya pernah keluar dari rumah selepas di marahi dia hanya kerana saya salah dengar arahan dia. Masa tu bulan puasa katanya suruh bawak anak anak nya pergi beli sushi di bandar.
Saya pulak fikir masa tu saya ada urusan di bandar tengahari nya yang selesai agak lewat petang jadi saya terus pergi beli tanpa bawak anak anaknya.
Kemudian bila dia balik dia tanya bawak ke anak anak nya tadi kemudian saya explain la kejadian sebenar terus saya di marahi dan dia tinggalkan meja makan.
Masa tu saya sangat sedih di marahi depan anak anak. Saya solat dan terus keluar rumah. Kemudian saya terima whatsapp katanya “Pergi tak halau, datang tak di jemput”.
Pernah jugak saya masak tak sedap (tak ikut cara dia katanya) kemudian di lemparnya pinggan.
Pernah sekali saya masak sphagetti letak cheese kemudian dia marah jugak depan anak anak dan tinggalkan dapur sebab dia kata anak dia allergic cheese.
Saya masa tu baru kahwin mana saya nak ingat semua. Kemudian later tu saya tengok elok je anak dia makan cheese takde ape jadi pun.
Untuk pengetahuan korang jugak saya yang banyak jaga anak anak dia lebih dari dia.
Kadang kadang maknya mintak ambik dari sekolah, saya juga tetap kena ambil walaupun tempat kerjanya dari bengkel ke sekolah hanya 5 min berbanding saya yang hampir setengah jam di tambah dengan jammed lagi.
Tapi saya turuti semua arahan dia demi jadi isteri yang menurut perintah suami. Tapi dia tak pernah nampak apa saya buat. Malah di marahinya. Sepanjang PKP saya jaga anak anaknya dari pagi bawak ke petang.
Kemudian kadang kadang bila bergaduh di ungkitnya saya tak bersyukur sebab dah la tak bekerja tapi macam macam pula. Saya bingung.
Kalau saya kerja dia yang macam macam. Pagi pagi wajib nak breakfast la walaupun tahu saya kerja jauh. Then saya dah berhenti tolong jaga anak anak dia di ungkitnya pulak.
Allahu. Maaf terlalu panjang coretan ni. Anggap la saya cuma cari tempat untuk meluahkan. Saya tahu hukum buka aib suami sedangkan saya sebagai isteri pun banyak kurangnya tapi jujur saya cakap saya tak bahagia.
Sekarang saya dah mula dekatkan diri dengan Allah. Kalau dulu memang Allah tempat saya mengadu sekarang lebih lagi.
Saya lebih banyak mengaji, solat sunat, sedekah lain lain dengan harapan suami saya jadi sebaik baik suami kepada isterinya dan saya juga. Aaminnn.