Jemaah berang nekad ‘sound’ penceramah, gara-gara buka topik ‘akhirat’

Jemaah berang nekad ‘sound’ penceramah, gara-gara buka topik ‘akhirat’.

Penceramah bebas kerap dijemput ke masjid sebagai usaha untuk mengimarahkan rumah ibadat umat Islam. Gaya penyampaian mereka yang penuh semangat dan diselangi dengan lawak jenaka menjadikan majlis perkongsian ilmu lebih hidup dan bersifat santai untuk dihadiri oleh jemaah.

Walau bagaimanapun, melalui satu penyebaran maklumat yang viral di Facebook, seorang lelaki mendedahkan tercetusnya salah faham antara jemaah dan penceramah, menyebabkan ketegangan berlaku di surau kariahnya.

Menurutnya, semasa sesi tersebut, penceramah sedang membincangkan tentang topik bekalan untuk hari akhirat.

“Kata ustaz itu dalam ceramahnya, tuan-tuan, kita yang berumur 50 tahun ke atas ni, tak perlu lagi fikir nak merebut harta dunia. Lebihkan waktu untuk beribadah.

“Lebihkan masa untuk amalan yang akan dibawa ke akhirat,” demikian teguran penceramah tersebut.

Jemaah berang nekad 'sound' penceramah, gara-gara buka topik 'akhirat'

Namun demikian, nasihat penceramah tersebut disalaherti oleh seorang jemaah sebagai serangan peribadi sehingga mencetus kemarahan.

“Tiba-tiba seorang jemaah bangun. Dia berkata, saya tahu ustaz memiliki tiga kereta mewah, tiga rumah, dan mungkin ada banglo. Ustaz juga dikatakan memiliki dusun durian di Kuala Kangsar, Perak.

“Ustaz diberi bayaran untuk ceramah ini. Ustaz senang saja berkata begitu kerana beliau sudah memiliki segalanya,” kata jemaah tersebut dengan penuh emosi.

Tambah lagi jemaah tersebut, dia mengakui dirinya berada dalam golongan kurang berkemampuan dan perlu bekerja keras untuk menyara keluarga walaupun usianya sudah lanjut.

“Rumah saya pun belum ada, saya tidak boleh bersantai. Tambahan pula, jika kita bekerja setiap hari dengan niat kerana Allah, itu juga dianggap sebagai ibadah, bukan?” soal jemaah tersebut.

Dalam pada itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa situasi di surau menjadi tegang akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh jemaah tersebut.

“Pengerusi surau terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan. Setelah majlis selesai, ustaz tersebut segera beredar dengan diiringi oleh pengerusi surau.

“Nampaknya ada beberapa jemaah yang menyokong tindakan jemaah tersebut kerana dianggap mewakili golongan orang susah,” ujar lelaki tersebut lagi.

Dalam ruangan komen, warga maya menyatakan pendapat bahawa jemaah tersebut terlalu dipengaruhi emosi dan gagal melihat gambaran keseluruhan apa yang hendak disampaikan oleh penceramah tersebut.

“Susah juga mendapatkan jemaah yang tidak memahami bahasa ini. Point di sini ialah jangan terlalu mengejar dunia sehingga lupa pada panggilan kubur, bukannya meninggalkan dunia sepenuhnya.

“Seimbangkan antara akhirat dan dunia, kerana kedua-duanya penting untuk diambil perhatian.

“Jika sudah tahu pekerjaan itu boleh dijadikan ibadah, teruskan saja, mengapa perlu marah-marah kepada ustaz. Pelik betul orang sekarang ini,” kata seorang warga menyuarakan pandangan.

BACA:
Kamera kucing jadi saksi, suami kantoi ‘projek’ dengan perempuan lain masa solat jumaat
“Aku tak terfikir apa-apa pasal suami, okay je semua, tak sangka semua ni boleh jadi sekelip mata lepas suami kerja driver bas”
Gara-gara ‘Bubble Tea’, wanita terpaksa dibedah keluarkan lebih 300 batu karang