Jemaah surau berumur 70 tahun berperangai syaitan, ramas testis budak tingkatan 1 sampai meninggal.
Dalam dunia ini, memang wujud golongan yang mempunyai perasaan bernafsu kepada kanak-kanak. Oleh kerana masih naif, budak bawah umur kebiasaannya mudah terpedaya dengan kebaikan yang dipaparkan oleh orang luar.
Suspek ramas testis kanak-kanak
Beberapa hari lalu, jenayah jijik yang dilakukan oleh seorang warga emas berusia 70 tahun ini telah mengejutkan ramai. Difahamkan, suspek telah meramas biji testis seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga ‘tewas’. Pada petang 20 September, awalnya ada 3 orang budak (salah seorangnya bernama RN, 9) sedang bermain berdekatan dengan rumah suspek.
Suspek ramas menggunakan tangan kanan dari luar seluar
Kemudian, 2 daripada mereka pulang sebentar ke rumah untuk mengambil permainan layang-layang. Ketika berseorangan, pelaku mula mendekati dan meramas testis RN dari luar seluar menggunakan tangan kanan. RN yang ketakutan mula melarikan diri ke arah kebun. Suspek kemudiannya berjalan masuk ke dalam rumah seperti tiada apa-apa terjadi.
Suspek turut sasarkan kanak-kanak lain…3 orang kanak-kanak menjadi target jijik
Pada 27 September sekitar 2 petang, mereka keluar bertiga dan kali ini secara berboncengan menaiki motosikal. Untuk memusingkan kenderaan, salah seorang daripada mereka (digelar MD, 12) turun dari kenderaan. Tiba-tiba, lelaki tu itu datang ke arah mereka dan meramas anggota ‘bawah’ milik MD dengan sangat kuat.
Saksi lihat wajah MD semakin pucat
Pada jam 5.30 petang, saksi melihat wajah MD sudah mula pucat seperti tidak sihat. MD dan ibunya sempat bersemuka dengan pelaku dan mempertikaikan perbuatan jijik itu. Namun MD tiba-tiba rebah dan sudah tak sedarkan diri saat dibawa ke pusat rawatan. Menurut siasatan, testis MD mengalami kecederaan kesan daripada diramas oleh suspek. Jika disabitkan bersalah, pelaku bakal berdepan hukuman penjara 5-15 tahun. Pelaku terbabit digambarkan sebagai orang yang masih waras, rajin solat jemaah di surau setiap hari dan tidak mempunyai masalah dengan masyarakat sekitar. Bukan sekali dua, rupanya sudah berkali-kali dia melakukan gangguan jijik itu dan semua yang terlibat adalah kanak-kanak berjantina lelaki.