Jiran buat perangai pelik, tuang sebotol air kencing dalam kasut pemilik rumah, tak pernah bergaduh atau bertegur sebelumnya.
PERBUATAN kotori seorang lelaki yang dirakam menuang sebotol air kencing di sebuah kediaman pangsapuri dekat Singapura pada Rabu undang kemarahan tuan rumah tersebut.
Perkara itu dikatakan bukan kali pertama berlaku dengan individu terbabit dikatakan kerap melakukan kegiatan tersebut tanpa sebab yang betul.
Dalam video berdurasi 30 saat yang tular di laman media itu menunjukkan lelaki tersebut menuang air najis itu ke dalam kasut dan laluan pintu masuk rumah berkenaan.
Jelas si pemilik di ruangan komen, dia menjelaskan bahawa individu itu tidak pernah bertegur sapa dengannya sebelum ini walaupun sudah lama tinggal di situ.
Laporan polis difahamkan sudah pun dibuat namun tiada sebarang tangkapan ataupun tindakan lanjut dikenakan terhadap indiviidu itu setakat ini.
Mendakwa tidak pernah mencetuskan sebarang isu ataupun pergaduhan dengan jirannya sebelum ini, ia sekali gus menimbulkan persoalan padanya tentang apakah motif di sebalik kelakuan tidak bermoral itu.
Tiada kenyataan polis berhubung perkara itu setakat ini dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga.