Baru-baru ini, perkongsian mengenai satu kedai kopitiam telah menjadi viral di Facebook kerana memuat naik gambar kalendar tahun baru yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Yang menarik perhatian ramai adalah kalendar tersebut tidak menggunakan tahun ‘2024’, tetapi menggantikannya dengan ‘2023A’, serupa dengan tanda ‘A’ yang biasa dilihat di dalam lif.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru, terutama di kalangan masyarakat Asia Timur, termasuk Cina, Korea, dan Jepun. Dalam konteks ini, terdapat keengganan terhadap nombor ‘4’ disebabkan percayaan bahawa ia membawa sial atau berkaitan dengan kematian. Ketakutan ini dikenali sebagai tetrafobia.
Masyarakat Asia Timur mengelakkan nombor ‘4’ kerana sebutannya hampir serupa atau menyerupai perkataan ‘mati’ dalam bahasa mereka. Sebagai contoh, dalam bahasa Cantonese, angka 4 sebutannya mirip dengan perkataan ‘mati’. Begitu juga dengan angka 14 yang dianggap lebih malang kerana bunyinya seperti ‘mesti mati’.
Pertanda ketakutan terhadap nombor ‘4’ tidak hanya berlaku dalam kehidupan harian tetapi juga boleh dilihat dalam rekabentuk struktur bangunan di beberapa tempat seperti China dan Hong Kong. Bangunan dan lif sering kali mengelakkan penggunaan nombor ‘4’ dalam pelabelan tingkat dan unit.
Tetrafobia juga mencerminkan dalam cara masyarakat Asia Timur memilih nombor telefon, alamat, dan nombor plat kenderaan. Di Korea, nombor ‘4’ dalam lif digantikan dengan huruf ‘F’, yang merujuk kepada ‘four’.
Walaupun fenomena ini mungkin kelihatan unik, ia mencerminkan betapa kuatnya kepercayaan budaya dan tradisi dalam pengaruh kehidupan seharian masyarakat Asia Timur. Sebaliknya, dalam kebudayaan barat, nombor ’13’ sering dianggap membawa malang.