“Kalau saya nak habiskan orang, saya ada…” – TMJ respon tentang tuduhan jadi ‘mastermind’ kes simbah asid Fasial Halim

Tunku Mahkota Johor (TMJ), pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tegas menafikan sebarang kaitan dengan kes simbah asid yang menimpa pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Dalam sesi podcast secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, TMJ yang juga Pemangku Sultan Johor itu mengakui Faisal Halim sebagai pemain yang baik, namun bukanlah ancaman kepada JDT.

“Pertama sekali, Faisal Halim ini budak yang baik tapi saya tidak tahu hidup peribadi dia. Apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar kita tentang,” titahnya.

"Kalau saya nak habiskan orang, saya ada…" - TMJ respon tentang tuduhan jadi 'mastermind' kes simbah asid Fasial Halim

TMJ mempersoalkan mengapa baginda dikaitkan dengan kejadian tersebut, dengan menyatakan, “Ada pihak yang cakap Tunku Mahkota Ismail adalah mastermind (simbah asid).”

Baginda menegaskan dakwaan itu bertentangan dengan pendiriannya. Malah, TMJ mendedahkan bahawa baginda mempunyai ‘sasaran’ lain yang lebih penting.

“Kalau saya nak habiskan orang, saya ada sasaran yang lebih besar dalam negara yang mengambil duit rakyat, orang yang bertanggungjawab rompak hasil duit rakyat, orang ini lebih penjenayah bagi saya.

Faisal Halim ini cuma pemain bola sepak, tak kan orang Selangor tak boleh fikir dengan cara rasional, saya nak habiskan dia buat apa,” titahnya lagi.

BACA:
Kekejaman yang melampaui batas, jumlah bom yang digugurkan negara haram menyamai perang dunia kedua
Budak lelaki terpaksa tanggung akibat buruk, pandangan terjejas lepas kena renjatan elektrik ketika main telefon sambil cas
Niat simpan gambar buat kenangan bertukar seram, terakam ‘benda’ luar tingkap tengah mengintai