JebatDerhaka

Kamera kucing jadi saksi, suami kantoi ‘projek’ dengan perempuan lain masa solat jumaat

Kamera kucing jadi saksi, suami kantoi ‘projek’ dengan perempuan lain masa solat jumaat.

Baru-baru ini, cerita kontroversi telah menjadi viral di laman Twitter mengenai pengakuan seorang individu yang memilih untuk merahsiakan identitinya berhubung penemuan suaminya yang terbukti melakukan pengkhianatan di dalam rumah mereka sendiri.

Dalam kisah yang dikongsi, individu tersebut memasang sebuah kamera di tempat makanan kucing dengan niat awal untuk memantau kucing kesayangannya semasa mereka berdua sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Namun, kejutan tidak dijangka berlaku apabila dia menemui gambar seorang wanita berbaju kurung yang terekam oleh kamera ketika berada di tempat kerja.

Kamera kucing jadi saksi, suami kantoi 'projek' dengan perempuan lain masa solat jumaat

Bukan itu saja, setelah mengetahui tentang pengkhianatan suaminya, individu tersebut dengan tekad mengambil langkah untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, atas alasan campur tangan dalam keharmonian rumah tangga orang dan turut melaporkan kepada bahagian sumber manusia di tempat kerja si penzalim.

Tambah lagi, suami dan wanita tersebut masih dianggap bujang oleh rakan sekerja, kerana sering terlihat bersama seperti pasangan yang tengah bercinta. Wanita itu juga mengakui keinginannya untuk berkahwin dengan suaminya, walaupun mengetahui bahawa lelaki tersebut sudah mempunyai keluarga.

BACA:
Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor tubuh pusat pemulihan untuk golongan LGBT
Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, bilik penuh sampah sarap sampai jadi sarang binatang dan serangga bahaya
‘Chopstick’ terselit dalam tengkorak selama 5 bulan, hilang penglihatan dan hidung kerap berair