Kantoi melakukan hubungan ‘pelik’ dengan seekor lembu, pemuda diharamkan bela haiwan selama 10 tahun.
Sebuah mahkamah telah mengeluarkan larangan kepada seorang pemuda daripada memiliki haiwan ternakan selama 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan hubungan terlarang dengan seekor lembu di Britain.
Daily Mail melaporkan bahawa Liam Brown, 25, juga dihukum untuk menjalani kerja komuniti selama 36 bulan, melakukan kerja tanpa gaji selama 15 jam, dan membayar ganti rugi sebanyak £600 (RM3,537) setelah hukuman ke atasnya dibacakan baru-baru ini.
Perbuatannya direkodkan melalui sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh pemilik ladang, yang mencurigai lembu-lembunya mengalami gangguan ketika menemui pakaian dan sarung tangan di kawasan tersebut.
Semasa ditemui, seluarnya dilucutkan, dan dia jelas melakukan perbuatan terlarang. Meskipun mencuba melarikan diri dari pemilik ladang yang marah, Brown melompat ke bahagian lain ladang sebelum lembu lain memijaknya. Dia kemudian ditemui terbaring di atas lantai sambil meminta maaf.
Lembu-lembu tersebut dilaporkan mengalami penurunan kesihatan, dan syak wasangka pemilik ladang tersebut terbukti benar pada awal pagi 12 Jun 2022 di Burton, Dorset.
Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diambil daripadanya sebagai bukti kesalahan yang dilakukan oleh Brown.