JebatDerhaka

Kawasan kedai jadi panik, kereta tiba-tiba berundur dengan laju rempuh budak dan kedai jual makanan kucing

Kawasan kedai jadi panik, kereta tiba-tiba berundur dengan laju rempuh budak dan kedai jual makanan kucing.

Sebuah kereta mengundur secara mengejut sehingga merempuh seorang kanak-kanak, dalam kejadian Isnin petang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak terbabit sedang menyarung selipar di hadapan sebuah premis sambil diperhatikan seorang lelaki dewasa sebelum kereta tersebut berundur laju ke arahnya.

Insiden dipercayai berlaku di kawasan rumah kedai dan perlanggaran itu menyebabkan mangsa terperosok ke dalam kedai yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.

Orang awam di sekeliling menghampiri tempat kejadian dalam keadaan panik.

Kondisi kanak-kanak itu sehingga kini masih belum diketahui.

Kawasan kedai jadi panik, kereta tiba-tiba berundur dengan laju rempuh budak dan kedai jual makanan kucing

Pemandu kereta berkenaan dilihat turut keluar dari tempat duduk pemandu dan cuba untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, seorang warga warga maya mendakwa kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dapat tahu daripada pemilik kedai kata adik tu cedera luaran je. Dalaman pun Alhamdullilah tak ada apa-apa,” kata seorang warga maya.

Berdasarkan komen-komen netizen, kemungkinan besar insiden itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit.

Kawasan kedai jadi panik, kereta tiba-tiba berundur dengan laju rempuh budak dan kedai jual makanan kucing

“Nampak sebelum kereta tu memecut nak langgar budak tu, dia ada buka pintu sikit, mungkin nak tengok sama ada kereta yang diundur tu sudah hampir dengan pembahagi jalan.

“Tengah dia toleh ke belakang tu mungkin dia tersalah tekan pedal, sepatutnya nak tekan pedal brek tapi pergi tertekan pedal minyak, itu yang terus ‘mengaum’ kereta tu.

“Apa-apa pun ini menunjukkan pemandu tersebut kurang mahir dan dia perlu ambil pengajaran agar kejadian sama tidak berulang,” kata sebahagian warga maya.

Kawasan kedai jadi panik, kereta tiba-tiba berundur dengan laju rempuh budak dan kedai jual makanan kucing
BACA:
Majikan tanggung padah perbuatan, bekas pembantu rumah Indonesia menang saman sebanyak RM195,000
Peniaga wanita buat ritual aneh, selamba calit makanan yang dijual dekat alat sulit berkali-kali
Anak sakit gigi lepas dilempang guru, terpaksa dirawat pakar psikiatri akibat trauma dan takut dengan benda yang berlaku