JebatDerhaka

Keajaiban berlaku kepada pasangan ini, bayi 4 bulan diterbangkan puting beliung selamat atas pokok

Keajaiban berlaku kepada pasangan ini, bayi 4 bulan diterbangkan puting beliung selamat atas pokok.

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui selamat setelah tersangkut pada sebatang pokok akibat badai puting beliung yang melanda rumahnya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Mirror UK semalam.

Puting beliung yang kuat melanda negeri Tennessee pada 9 Disember lalu ketika Sydney Moore dan suaminya berada di rumah bersama dua anak mereka, iaitu Lord yang berusia setahun dan Princeton.

Angin kencang menyebabkan bumbung rumah mudah alih pasangan tersebut terbang bersama katil bayi yang membawa bersama Lord.

“Suami saya memegang katil bayi sepanjang masa sebelum mereka tercampak,” kata Moore.

Keajaiban berlaku kepada pasangan ini, bayi 4 bulan diterbangkan puting beliung selamat atas pokok

Ketika kejadian berlaku, Moore berhasil menarik Princeton dari bahaya runtuhan dan menyelamatkan dirinya sendiri.

Pasangan itu kemudian berusaha mencari Lord sebelum menemui anak itu terbaring di atas sebatang pokok yang tumbang dengan hanya mengalami luka ringan.

“Pada awalnya, saya menganggap bahawa dia (Lord) sudah meninggal dunia dan kami tidak akan menemuinya. Tetapi kemudian, kami dapati dia berada di atas pokok dengan keadaan baik, seolah-olah diletakkan di situ dengan penuh berhati-hati,” katanya.

Keajaiban berlaku kepada pasangan ini, bayi 4 bulan diterbangkan puting beliung selamat atas pokok
BACA:
Wanita mabuk buat perangai, buang air atas meja makan dan berlegar di restoran tanpa seurat benang
“Ini saja jalan keluar yang ada” – Perkahwinan bawah umur warga Rohingya yang dirancang jadi ‘trend’ di Malaysia
Dah habis makan baru perasan, ada 5 ekor lipas besar dalam botol kicap yang digunakan