JebatDerhaka

Kecoh dekat media sosial, pendaki rakam kelibat makhluk asing setinggi 3 meter di puncak bukit

Seorang pendaki mengakui bahawa dia telah berjaya merakamkan dua kelibat makhluk asing setinggi lebih 3 meter di Pulau Ilha do Mel, Brazil, seperti yang dilaporkan oleh portal berita MailOnline semalam.

Sara Dalete dari Brasilia merekodkan makhluk ganjil itu semasa berada bersama keluarganya di pulau tersebut baru-baru ini. Video rakaman tersebut kemudiannya menjadi viral di platform X dan Instagram.

Rentastic Register Page

Dalam video yang dirakam oleh Sara, makhluk asing itu dapat dilihat berdiri di atas sebuah bukit dan menggerakkan lengannya dengan cepat. Namun, sebahagian daripada netizen di media sosial enggan mempercayai bahawa kelibat tersebut merupakan makhluk asing.

Seorang pengguna di platform X menyatakan pendapat bahawa makhluk itu mungkin hanyalah seorang pendaki yang menggunakan dua tongkat berjalan. Selain itu, ada juga netizen yang mengulas mengenai kekaburan imej makhluk tersebut dalam rakaman video.

VIDEO TEKAN DISINI
BACA:
Pemandu teksi ambil masa 5 hari nak jumpa dan pulangkan duit lebihan pelanggan sebanyak RM111,000
Bapa luah rasa kecewa, guru kantoi kutuk murid OKU dan tersalah hantar dalam grup kelas
“Maaf parcel dah buang” – Penghantar bungkusan buat perangai, biadab dan kurang sopan dengan pelanggan