Kecoh isu akad nikah Sabri Yunus dan Angeline Tan tak sah, Dr. Maza perjelas perkara yang perlu ada dalam ijab kabul.
Selepas pelakon dan pengarah, Sabri Yunus selamat bernikah dengan Angeline Tan, timbul pula dakwaan akad nikah mereka tidak sah hanya kerana lafaz ijab kabul yang ringkas.
Tanpa menunggu lama, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza tampil menjernihkan kekeliruan yang tercetus dengan menjelaskan lafaz ijab dan kabul itu sah walaupun simple namun cukup rukun nikahnya.
“Ijab dan kabul maksudnya adanya kita memberikan satu tawaran perkahwinan manakala satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan.
“Sesiapa yang membaca hadis-hadis nabi, mereka akan mengetahui bahawa nabi akad nikah memang mudah, yang penting cukup rukun dan adanya ijab dan kabul.
“Tak adalah dalam agama ini kena satu nafas, kena hafal balik apa orang yang akad itu.
“Bila dia kata ‘seperti mana yang disebutkan’, maka akan berlaku ijab dan kabul.
“Yang penting adanya ucapan yang menyatakan bernikah, dengan siapa yang dinikahkan dan pihak yang satu lagi menerima serta ada dua orang saksi,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh Dr Maza dalam menerusi satu temu bual bersama Malaysiatribune di TikTok.
@malaysiatribune Replying to @norliamns #angelinatan #sabriyunus #malaysiatribune #fypシ #drmaza ♬ original sound – malaysia tribune