JebatDerhaka

Kecoh satu universiti, polis jumpa 5 tubuh tersembunyi dalam tangki air

Kecoh satu universiti, polis jumpa 5 tubuh tersembunyi dalam tangki air.

Sejak kelmarin, satu video yang memaparkan penemuan dua tubuh tanpa identiti di kampus sebuah universiti perubatan di negara seberang telah mengejutkan ramai. Difahamkan, kedua-dua individu terbabit ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan terapung dalam sebuah tangki air di tingkat 9.

Polis telah tiba di tempat kejadian pada malam Isnin lalu (11 Disember) untuk melakukan pemeriksaan. Namun, pihak kampus enggan memberi kebenaran kepada polis untuk menggeledah lokasi dengan alasan setiap proses penggeledahan memerlukan izin daripada Ketua Pengadilan Negeri terlebih dahulu. Walaupun dihalang, pihak berkuasa berjaya bergegas ke tingkat 9, tetapi sayangnya, mereka tidak menemui sesiapa. Tambahan pula, tangki air berwarna biru yang dikatakan mengandungi dua tubuh misteri itu tidak kelihatan. Lokasi kejadian seolah-olah sudah dibersihkan dan sangat berbeza daripada apa yang ditunjukkan dalam video yang tular.

Kecoh satu universiti, polis jumpa 5 tubuh tersembunyi dalam tangki air

Pada 12 Disember, polis sekali lagi melakukan penggeledahan dan kali ini lebih mengejutkan. Mereka menemui lima individu (empat lelaki dan seorang perempuan) yang sudah membusuk terletak di tingkat 15. Walau bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat dipastikan dan polis sedang menjalankan analisis lanjut bersama beberapa objek yang mungkin menjadi bahan bukti.

Dalam kekecohan itu, enam orang mahasiswa universiti tiba-tiba mengakui bahawa mereka adalah individu yang memuat naik video tersebut. Mereka menjelaskan bahawa berita yang tersebar adalah palsu dan menyatakan bahawa dua tubuh itu hanyalah patung manusia. Salah seorang daripada mereka telah meminta maaf jika khabar angin tersebut meresahkan orang ramai.

@yuhuyy_09 bukan mayat yah guyss#medanviral #unpri #fypシ゚viral #viraltiktok #xyzbca ♬ suara asli – No_Name
BACA:
Hanya menggunakan sebidang kecil tanah, arkitek berjaya bina hotel paling nipis di dunia
Syarikat keluar iklan cari pengecap kaki ayam, bakal dibayar RM13,000 untuk rasa dua hidangan
Dakwa isteri hilang ikut lelaki lain, segala terbongkar lepas jual rumah dekat abang ipar