Kedai makan ‘tiada pekerja’, pemilik letak notis dan harga untuk pelanggan bungkus dan bayar sendiri

Biasanya, ketika mengunjungi kedai makan, pasti ada pekerja yang akan melayani pelanggan. Dari mengambil pesanan, menghantar makanan, sehingga membuat pembayaran, semua tugas dilakukan oleh pemilik atau pekerja kedai tersebut.

Namun, berbeza dengan satu kedai makan yang tidak mempunyai pekerja sama sekali dan membiarkan pelanggan melayani diri sendiri. Sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok @jejakawangi mengupas keunikan kedai makan ini yang terletak di Sierra 16 Puchong, Selangor.

Menurut pemuda tersebut, kedai makan berkenaan dikatakan tidak mempunyai seorang pekerja pun untuk melayani pelanggan. Malah, pemilik kedai tersebut juga tidak kelihatan berada di premis ketika beliau mengunjungi kedai itu.

Dijelaskan oleh pemuda tersebut, pelanggan yang datang ke kedai itu perlu melakukan segalanya sendiri, mulai dari memilih lauk hingga proses pembayaran. Pelanggan juga hanya dibenarkan membungkus lauk tanpa boleh menikmatinya di dalam kedai.

“Paling uniknya, di sini semuanya self-service. Saya yang ambil lauk, saya yang bungkus, saya yang kira, saya jugalah yang masukkan duit dan ambil baki sendiri. Persoalan saya, tak takut ke orang lain ambil kesempatan,” kata pemuda tersebut.

Kedai makan 'tiada pekerja', pemilik letak notis dan harga untuk pelanggan bungkus dan bayar sendiri

Pemuda itu turut menjelaskan bahawa kedai tersebut tidak mempunyai nama, namun tetap menjadi pilihan ramai orang untuk berkunjung. Beliau mengakui kedai makan itu paling berpatutan dan terletak di shoplot Sierra 16 Puchong, Selangor, sebelah MBE Sierra 16.

Dalam video tersebut, terdapat senarai harga bagi setiap lauk yang dibeli oleh pelanggan, dan pemilik kedai menyediakan arahan untuk pembayaran. Keunikan lain ialah pelanggan dapat membuat pembayaran secara harian, mingguan, dan bulanan.

Beberapa netizen turut berkongsi bahawa kedai makan ini sebelumnya menawarkan perkhidmatan makan di dalam premis. Namun, disebabkan kekurangan kakitangan, mereka telah menukar model perniagaan kepada self-service dan tidak membenarkan pelanggan menjamu selera di situ.

Kebanyakan netizen memandang positif dan menduga pemilik kedai ini mungkin mempunyai niat untuk bersedekah selain menjalankan perniagaan. Namun, terdapat juga pendapat yang menyatakan kawasan kediaman mereka juga mempunyai peniaga serupa di mana pelanggan hanya perlu meletakkan duit di dalam bakul. Beberapa komen netizen termasuk ‘Mesti Owner Introvert’, ‘Definisi Orang Berserah dan Yakin Dengan Rezeki Allah, Semoga Owner Murah Rezeki’, dan sebagainya.

@jejakawangi Kedai makan paling affordable kat sini! Lokasi di shoplot Sierra 16, Puchong, Slgr. Sebelah MBE Sierra 16. Nama kedai tatau. Takde signboard, takde nama kedai, takde apa2! Tapi ramai jgk org 😅 #fyp #foodie #foodtiktok #klfoodie #entrepreneur #businessowner ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
BACA:
Satu-satunya gajah sarkas yang dihukum oleh pemilik sendiri, hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh manusia
Isteri bingung permohonan cerai tertangguh akibat peguam yang dilantik tarik diri, bila diselidik ini rupanya yang berlaku
Pelajar universiti hadapi jangkitan dalam rahim lepas gugurkan kandungan, termakan pujuk rayu pelakon lelaki