“Kejadian yang tak boleh aku lupakan lepas aku hack telefon bini aku, apa yang aku nampak buat aku mengucap panjang”

Salam semua, Aku ada confession yang telah lama aku pendam. Terlebih dahulu biar aku perkenalkan, aku Haris (bukan nama sebenar) kerjaya aku sebagai seorang pegawai IT dan juga seorang hackers.. Ya, aku seorang hacker yang agak berpengalaman. Tapi aku da lama dah tak hack apa-apa.

Bini aku pun tahu aku ni hackers. Tu pun dia tahu sikit-sikit la pasal kerja gelap aku ni. Aku bukanlah hackers yang jahat. Hanya hack untuk kepuasan diri aku sendiri je. Cuma dah lama aku tinggal kerja tu. Sejak kahwin 8 tahun lepas, aku dah berhenti.

Cuma kebelakangan ni, aku tergerak hati nak hack seseorang. Tak lain tak bukan ialah bini aku sendiri. Sebab apa aku nak hack handphone dia? Aku syak ada benda yang berubah dengan perangai dia. Dia dah kerap balik lambat dan tak buat kerja-kerja sebagai isteri seperti selalunya. Nak melayan aku pun dia dah jarang sekarang ni. Asyik main Hp je aku tengok.

Ada sekali tu, seminggu juga isteri aku tak balik rumah, sebab ada pertengkaran aku dengan dia, asalnya dia yang buat salah, dan aku merajuk. Tapi dah jadi terbalik pulak, dia yang salah, dia yang merajuk lebih-lebih. Sampaikan keluar rumah, dan abaikan aku dan anak perempuan aku yang dah berusia 7 tahun.

Selepas 2 hari aku cuba nak pujuk, tapi messege whatsapp dia tak balas (hanya blue tick) call pun tak angkat. Aku anggap dia masih marah, so aku tunggu sampai hari keempat, masih perangai macam tu. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan. Aku call semua kawan-kawan dia. Tapi sorang pun tak tahu dia kat mana. Aku mula syak dia ada bersama lelaki laim.

Walaupun otak aku kata mustahil, tapi kata hati aku tetap tak sedap. So aku ambil keputusan hack je handphone dia. Aku boleh tahu dia chat dengan siapa, tempat dan masa chat dia hantar. Ambil masa juga la nak hack, sebab skill aku lama tak pakai, so berkarat sikit. Tapi akhirnya berjaya.

Setelah lama aku periksa, aku dapati ada satu chat dia dengan seseorang lelaki. Diorang bercerita tentang perkara berahi dan lucah. Bila aku amati chat tu, aku boleh sahkan mereka memang pernah berzina di sebuah hotel yang tak perlulah aku sebutkan di sini.

Luluh hati aku baca chat-chat diorang tu. Sungguh tak aku sangka bini yang sangat aku percaya selama ni tergamak buat perkara terkutuk belakang aku. Skandalnya pula dengan suami orang yang dah ada anak. Disebabkan terlalu sedih, aku menangis semahu-mahunya di depan laptop sendiri. Aku jadi tak tentu arah. Berkali-kali aku Istigfar sambil air mata deras mengalir.

Selama ni aku cuba menahan godaan nafsu dari wanita-wanita di tempat kerja, sebab aku setia dan cinta isteri aku. Tapi hari tu aku menyaksikan sendiri chat isteri aku, tanpa malu menyerahkan mahkotanya pada orang lain sedangkan dia masih isteri aku yang sah. Tanpa segan silu berborak lucah dan berahi bersama lelaki lain. Bersayang-sayang bagai.

Aku rasa menyesal pula hack Handphone dia, sebab akhirnya aku sendiri terluka dengan perbuatan tak senonoh dia. Seminggu berlalu, akhirnya dia pulang dengan muka tak bersalah. Aku hanya berdiam diri saja. Bila aku fikirkan soal anak, aku jadi buntu. Nak serang or biarkan je dulu? Nanti kantoi pulak aku hack handphone dia.

So, aku ambil pendekatan mendiamkan diri dulu, sebab aku nak tengok macam mana dia berlakon dan memperbodohkan aku selama ni. Aku layan je dia macam biasa, dia pun minta maaf gila-gila dengan aku, sebab merajuk lama-lama. Dia mula goda aku, nak aku bersama dia setiap malam. Dalam hati aku membara juga la. Lepas da puas kat sana, kau nak benih aku pulak?. Nak tutup perbuatan terkutuk yang dia la tu.

Selang beberapa hari lepas bini aku balik, ambil cuti 2 hari, sebab aku ada misi penting. Aku nak mengintip sendiri perbuatan dia dan kumpul semua bukti yang ada. Hari tu Isteri aku kerja macam biasa, aku ekori dia ke tempat kerja. Cuma aku tak la naik sampai ofis dia.

Aku cuma tunggu di tempat letak motorsikal sahaja, itu pun agak jauh dalam jarak 200 meter dari pintu ofis dia. Aku menunggu di sebalik pokok kawasan tu. Waktu lunch hour aku tak nampak pulak dia keluar makan. So, menunggu la aku kat situ. Tah berapa batang rokok aku hisap sebab nak hilangkan kebosanan menunggu.

Bila menjelang petang, tiba-tiba aku dapat satu message whatsapp dari bini aku, dia kata dia pulang lewat sket sebab nak hantar barang kat kawan. Okay, aku rasa memang tepat aku tunggu hari tu, sebab kalau dia balik macam biasa, ibarat macam aku buang masa je menunggu seharian kat sana. Aku pun balas ‘Okay jangan lambat’ kat dia.

So nak dijadikan cerita isteri aku pun keluar ofis dalam pukul 5.30 petang macam tu, tapi bukan seorang, tapi berdua dengan seorang lelaki. Aku syak lelaki tu memang skandal dia, takde la handsome mana pun, perut buncit, cuma penampilan agak kemas, rambut kerinting dan pakai kaca mata. Aku rasa rakan sekerja dia.

Diorang naik kereta lelaki tu berdua. Gaya macam terburu-buru, laju je nak bergegas dari situ. So aku pun ikut dari belakang. Btw aku pakai motor je. Sebab senang aku nak cilok sana sini nanti.

Aku folo tak lama pun, lebih kurang 10 minit je, dah sampai. korang mesti da boleh agak kat mana kan? yer…Hotel. Hotel 3 star aku rasa. Aku cuba ekori lebih dekat dan tengok lagak diorg macam da biasa, dapat je kunci terus naik bilik.

Berderau juga la darah aku masa tu, nak je aku terajang lelaki tu…Bengang pulak aku tengok diorang bermesra menuju ke lif. Dah macam laki bini aku tengok. Takpe-takpe, aku masih sabar. Aku pun cepat-cepat ke kaunter, aku mengaku aku rakan sekerja diorang dan terlupa nombor bilik. Nasib baik orang kaunter tu tak syak apa-apa, terus bagi nombor bilik.

Lepas dapat no bilik, aku tak terus naik bilik macam korang fikir tu. Aku terus keluar hotel dan hubungi jabatan pencegah maksiat serta merta. Selang setengah jam, sekumpulan lelaki dari unit pencegah maksiat datang ke hotel tu. Aku berjumpa mereka dan buat penjelasan pada mereka.

Mereka faham dan pihak hotel pun terpaksa membenarkan mereka masuk untuk menangkap pasangan yang berkhalwat tu. Aku tak ikut serta, cuma tunggu di lobi hotel saja. Lebih kurang setengah jam aku tunggu akhirnya muncul kelibat mereka dengan bini aku sendiri. Muka lelaki tu memang da gelabah dan pucat aku tengok. Baju pun da compang camping tak sama masa naik tadi. Nasib ko la mat!

Bini aku pula sedang menangis masa tu, terkejut nampak kelibat aku di sana. Aku hanya memandang tajam sambil menggelengkan kepala saja. Nah rasakan. Inilah pengakhirannya. Aku terus berlalu dan menunggu dia di rumah. Sesampai saja di rumah, isteri aku menangis sambil memeluk kaki aku memohon ampun. Tapi sayangnya aku dah tak ada perasaan lagi. Aku jatuhkan talak pada malam tu juga dan suruh dia tinggalkan rumah kami.Nasib baik anak aku tengah tidur masa tu, so dia tak tahu la apa berlaku.

Nak dipendekkan cerita, selang beberapa minggu kami selesaikan semua di mahkamah syariah, Aku menjatuhkan talak di depan hakim. Hak penjagaan anak dapat pada aku. Alhamdulillah. Bekas bini aku pula tak sanggup nak berdepan dengan aku lagi. Dia betul-betul malu dengan perbuatan dia sendiri dan terima balasan dengan redha. Dengar cerita, sekarang dia dah berhenti kerja dan pulang ke kampung di Selatan tanah air. Kami masih berhubung sebab anak, tak lebih dari tu lagi.

BACA:
RM16,000 ‘burn’ sekelip mata, sepasang suami isteri putih mata plan bulan madu batal gara-gara pasport
Hati-hati kalau nampak tulisan dan gambar seperti ini, elakkan dari masuk kedai makan tersebut
Dimaki pelanggan sebab bagi barangan tak cukup, tapi lain pula cerita lepas warganet siasat pemilik homestay ini