“Keluarga anda miskin ke” -Guru kurang ajar merendahkan anak murid sebab pembaris besi, siap hantar video dalam group

“Keluarga anda miskin ke” -Guru kurang ajar merendahkan anak murid sebab pembaris besi, siap hantar video dalam group.

Seorang guru sekolah rendah di China merakam video dia memarahi beberapa murid kerana tidak mempunyai pembaris segi tiga di dalam kelas, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Guru wanita yang bertugas di Sekolah Rendah Shenyang Dongzhan, wilayah Liaoning itu menghantar video tersebut dalam kumpulan WeChat ibu bapa dan guru pada 18 September lalu untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Berdasarkan video yang dirakam, beberapa orang murid diarah berdiri di sebelah meja mereka sebagai hukuman. Guru itu kemudian membebel di hadapan kelas.

"Keluarga anda miskin ke" -Guru kurang ajar merendahkan anak murid sebab pembaris besi, siap hantar video dalam group

“Murid yang diminta berdiri tidak mempunyai pembaris segi tiga. Adakah keluarga anda miskin atau ibu dan bapa anda tidak mengambil berat?” kata guru berkenaan semasa merakam video.

Murid-murid terus diam apabila guru mereka meneruskan tegurannya.

“Anda perlu menggunakannya untuk melukis,” tegasnya.

Ibu bapa murid-murid tersebut kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak pentadbiran sekolah. Pihak sekolah berjanji akan menyiasat dan mendisiplinkan guru tersebut jika tindakannya didapati tidak wajar.

BACA:
Bagi memupuk disiplin dalam penjagaan tandas, pelajar sekolah dicaj 15 sen jika ingin membuang ‘hajat’
“Apa yang bini aku buat, semua tak kena dekat mata mak aku, ada satu hari ni aku tak tahan aku tanya, ini jawapan dia bagi”
Doktor dedah buat rawat dekat pesakit lelaki yang pakai 80 susuk, tak sangka orang luar pun mengamalkan ‘benda’ ini