Kerana spekulasi orang ramai, pemilik US Pizza tampil perjelas maksud sebenar perkataan ‘US’.
Pemilik cawangan US Pizza di Prima Saujana, Dr. Mohd Sobree Ali, baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut adalah miliknya dan keluarganya.
Dalam kenyataan rasmi, pemilik cawangan tersebut menjelaskan bahawa nama jenama ‘US’ dalam ‘US Pizza’ bermaksud ‘Kita’ dalam Bahasa Melayu. Dr. Mohd Sobree Ali juga menegaskan bahawa US Pizza adalah syarikat tempatan.
“Kami ingin memaklumkan US Pizza, merujuk kepada perkataan ‘US’ yang bermaksud ‘Kita’ dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan perniagaan syarikat tempatan. Untuk kami, US Pizza outlet di Taman Prima Saujana Kajang, Selangor merupakan perniagaan milik Muslim. Syarikat ini adalah kepunyaan saya dan keluarga,” ujarnya.
Dr. Sobree juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke restorannya untuk menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan oleh US Pizza. Walaupun kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan untuk memastikan pemahaman awam, ia juga mungkin berkaitan dengan spekulasi dan anggapan umum yang menyatakan bahawa US Pizza berkaitan dengan Amerika Syarikat.
Sedikit sebanyak, kenyataan rasmi dari pemilik cawangan US Pizza di Prima Saujana ini mungkin dikeluarkan sebagai respons kepada tanggapan salah yang melibatkan negara Amerika Syarikat, terutamanya dalam konteks boikot beberapa barangan AS yang dilakukan oleh beberapa pihak akibat konflik antara Palestin dan Israel. Walau bagaimanapun, kenyataan ini kelihatan telah dipadam dari platform media sosial seperti TikTok dan akaun Facebook cawangan tersebut tidak dapat dikesan.