Kes amang seksual tak halang PU Azman, rajin pergi hiking dan masih aktif beri ceramah

Kes amang seksual tak halang PU Azman, rajin pergi hiking dan masih aktif beri ceramah.

Walaupun sedang berdepan pelbagai tuduhan jenayah seksual, PU Azman masih bergiat aktif memenuhi undangan program ceramah.

Katanya dia masih menjalani kehidupan seperti biasa termasuk membuat perkongsian berkaitan hal agama di media sosial miliknya.

“Perkembangan terkini seperti biasa… Saya masih menerima jemputan ceramah.

“Kebanyakan program ceramah dilakukan di Perak dan saya juga masih buat content di media sosial seperti biasa.

“Dalam situasi seperti ini, saya dah tak fikirkan apa-apa,” katanya kepada mStar.

Kes amang seksual tak halang PU Azman, rajin pergi hiking dan masih aktif beri ceramah

Azman berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes amang seksual melibatkannya di Mahkamah Sesyen Ampang pada pagi Rabu.

Fizikalnya kelihatan kurus bukan disebabkan tertekan dengan kes dihadapinya tetapi aktif melakukan aktiviti fizikal seperti mendaki bukit dan gunung.

“Selebihnya saya melakukan aktiviti-aktiviti bersifat peribadi seperti hiking… itu yang nampak kurus sikit,” ujarnya.

Pada sebutan kes tersebut, Hakim Norhazani Hamzah menetapkan pertuduhan kes amang seksual melibatkan Azman di Mahkamah Sesyen Klang dibicarakan serentak dengan kes di Mahkamah Sesyen Ampang.

Mahkamah menetapkan 8, 9, 23, 29 dan 30 Mei 2024 sebagai tarikh perbicaraan.

Untuk rekod, Azman menghadapi 12 pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam.

BACA:
Hajah Nelydia Senrose sudah ‘freehair’, Bergambar dengan keluarga tanpa menutup bahagian kepala
Jemaah surau berumur 70 tahun berperangai syaitan, ramas testis budak tingkatan 1 sampai meninggal
Caprice perli Cyber Trooper Ebit Lew, boleh belajar dengan designer miliknya buat poster