JebatDerhaka

Kes yang tertangguh, warga emas ditangkap selepas 58 tahun ‘bebas’ atas kesalahan mencuri 2 ekor kerbau

Kes yang tertangguh, warga emas ditangkap selepas 58 tahun ‘bebas’ atas kesalahan mencuri 2 ekor kerbau.

Seorang warga emas berusia 78 tahun ditangkap oleh pihak polis selepas dikesan sebagai individu yang telah mencuri dua ekor kerbau pada tahun 1965!


Lelaki tersebut, Ganapati Vitthal Wagore berusia 20 tahun sewaktu melakukan jenayah mencuri binatang itu di perkampungan Karnataka, India.


Dia dan rakan subahatnya, Krishna Chander pernah ditahan 58 tahun lalu selepas melakukan jenayah tersebut namun keduanya telah dijamin.


Kes mereka bagaimanapun tergantung selepas kedua-duanya melarikan diri sekaligus tidak muncul untuk pertuduhan di mahkamah, lapor BBC.


Pihak berkuasa bagaimanapun membuka semula kes yang telah tertangguh selama 58 tahun beberapa minggu.

Kes yang tertangguh, warga emas ditangkap selepas 58 tahun 'bebas' atas kesalahan mencuri 2 ekor kerbau


Wagore ditahan di sebuah kampung selepas seorang wanita berjaya mengesan identitinya walaupun sudah tua. Chander pula ‘terlepas’ daripada hukuman kerana telah meninggal dunia.


Dia mengatakan telah melarikan diri selepas dibebaskan lima dekad lalu kerana terlalu takut untuk pergi ke mahkamah.

BACA:
Baju tak basuh dan sinki tersumbat, bibik bawa barang keluar dan lari dengan jantan masa majikan pergi program RXZ Members
Gara-gara tidur ‘sebantal’ dengan ibu bapa, budak lelaki 6 tahun tiru aksi keluarkan alat sulit depan kawan
Lelaki pecah tabung lepas simpan duit syiling dalam botol isian air semula selama 7 tahun, boleh dapat sebiji telefon baru