Kisah gelap dan sedih lelaki ini, kembali ke pangkuan keluarga selepas 28 tahun, diculik di pasaraya ketika berumur 3 tahun

Kisah gelap dan sedih lelaki ini, kembali ke pangkuan keluarga selepas 28 tahun, diculik di pasaraya ketika berumur 3 tahun.

Selepas 28 tahun hilang akibat diculik, seorang lelaki bernama Kai Ye berjaya kembali ke pangkuan keluarganya di China.


Kini berusia 32 tahun, Kai Ye hilang diculik ketika dia berumur 3 tahun. Pada waktu itu, Kai Ye berada di sebuah pasar basah di Sichuan.


Menurut Kai Ye atau nama asalnya Zhang Tao, ketika diculik, dia dibawa ke Guangdong sebelum dihantar keluar ke Singapura.


Pada 2021, Kai Ye mendaftar dirinya di platform Bao Bei Hui Jia (Come Home, Precious One), sebuah badan kebajikan yang membantu individu yang hilang bertemu kembali dengan yang tersayang.

Kisah gelap dan sedih lelaki ini, kembali ke pangkuan keluarga selepas 28 tahun, diculik di pasaraya ketika berumur 3 tahun


Ibunya melihat video Kai Ye yang pada waktu itu sedang mencari keluarga kandungnya pada Julai 2023. Ketika itu, wanita berkenaan dapat merasakan Kai Ye merupakan anaknya yang telah lama hilang dan segera menghubungi badan kebajikan berkenaan.


Dua bulan kemudian, Kai Ye terbang ke Cheng Du, Sichuan daripada Singapura untuk bertemu dengan ibunya. Kai Ye ditemani oleh isterinya.


Pertemu anak beranak itu dirakam dan viral di platform media sosial. Menerusi klip berkenaan, Kai Ye dilihat memeluk ibunya, sementara ayahnya pula berdiri di sisi, mengelap air mata.

SUMBER

BACA:
Bagi menerokai peluang ekonomi baharu untuk Malaysia, MOSTI rancang bina tapak pelancaran roket angkasa
“Mana ustaz lama tak update apa-apa” – Ebit lew hilang tanpa berita 3 bulan, biarkan media sosial miliknya ‘berhabuk’
Kerap mimpi berjumpa nenek dekat pondok buluh yang cantik, lelaki ini rupanya terikat perjanjian dengan bunian