Kisah menyayat hati, dari jutawan bertukar menjadi penjual roti tepi jalan

Seorang lelaki yang dulunya kaya raya dan memiliki banyak harta, menjalani kehidupan senang, kini telah berubah menjadi seorang penjual roti di tepi jalan setelah mengalami muflis dan hidup dalam keadaan berhutang.

Sirivat Voravetvuthikun, merupakan simbol semangat keusahawanan di Thailand. Beliau bermula sebagai broker saham di pelbagai bursa saham Asia selepas menamatkan pengajian di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an. Selama belasan tahun sebagai broker saham, dia berjaya mengumpulkan kekayaan yang besar dan dianggap sebagai salah seorang bilionair di Thailand.

Namun, apabila krisis ekonomi 1997 melanda Thailand, ekonomi Sirivat turut terjejas. Menurut laporan VoA, pelaburan yang telah dibina selama berpuluh-puluh tahun lebur.

Rentastic Register Page

Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya ditindih oleh hutang sebanyak AS$ 30.4 juta dan diambil tindakan undang-undang oleh pemiutang kerana tidak mampu membayar hutang. Akibatnya, dia terpaksa diisytiharkan muflis.

Walaupun menghadapi keadaan yang sukar, Sirivat tidak putus asa lama. Beliau bangkit dari penyesalan dengan memulakan perniagaan menjual roti di jalan-jalan sekitar Bangkok. Dia tidak ambil peduli dengan pandangan orang lain kerana beliau yakin hanya dirinya sendiri yang boleh membantu dirinya.

Pada permulaannya, dia hanya mendapat pendapatan sebanyak AS$ 14 sehari. Namun, dengan kesabaran dan ketekunan, pendapatan tersebut bertambah dan perniagaannya mula berkembang.

Sirivat berkata bahawa kesabaran adalah kuncinya untuk bangkit semula setelah jatuh terduduk. Kini, beliau telah membuka dua kedai kopi kecil daripada hasil jualan roti di tepi jalan. Yang lebih membanggakan, kejayaan ini dicapai tanpa perlu berhutang.

Dari dua kedai kopi kecil tersebut, Sirivat mula mengembangkan perniagaannya dengan menawarkan perkhidmatan katering, dan dia mampu untuk menggajikan puluhan orang. Beliau juga mengeluarkan roti dengan jenama sendiri, iaitu Sandwich Sirivat.

Akhirnya, selepas bertahun-tahun bangkit daripada muflis, pada tahun 2009, Sirivat berjaya kembali menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sandwich Sirivat kini dikenali di seluruh Bangkok dan menjadi ikon kota Gajah Putih.

Orang ramai mengenali Sirivat sebagai “The Sandwich Man” dan menganggapnya sebagai ikon usahawan yang berjaya bangkit daripada muflis untuk menjadi bilionair sekali lagi.

BACA:
Sebak! Isteri beranak tanpa suami disisi, anak lelaki sulong ambil alih tugas azankan adik dan tanam uri
Program Subuh Macam Jumaat Alif Satar jadi perhatian dan pujian pempengaruh luar negara
Bolehkah lelaki bukan mahram pegang rambut wanita yang sudah dipotong? Ini hukum yang ramai tak tahu