Konduktor bas dibantu dua individu, tiba-tiba pengsan ketika bertugas gara-gara penumpang bawa durian.
Seorang pemandu bas di Thailand baru-baru ini mengalami sesak nafas dan pengsan ketika bertugas selepas salah seorang penumpang membawa masuk durian semasa menaiki pengangkutan awam, lapor Thairath.
Konduktor bas, Kussam Srisong berkongsi kejadian itu di Facebook, mendedahkan bahawa dia mempunyai alahan kepada buah durian dan antara kesan sampingannya adalah “sakit dada dan sukar bernafas.”
Srisong turut berkongsi gambar dia terbaring pengsan di tempat duduk penumpang, sambil dua individu dilihat membantunya.
Bas itu ditangguhkan berikutan kejadian itu dan Srisong dibawa ke hospital. Dalam catatan susulan di Facebook, dia berkata bahawa dia berasa lebih baik dan sudah kembali bekerja.
Untuk rekod, di Thailand, durian adalah dilarang untuk dibawa menaiki pengangkutan awam kerana baunya yang kuat. Srisong turut mengingatkan semua pengguna pengangkutan awam di negara itu supaya tidak membawa masuk durian.
“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan anda sahaja yang tidak dapat meneruskan (perjalanan), tetapi ramai yang mungkin pulang lewat kerana anda,”