Korea Utara buat perangai jelek, terbangkan belon berisi sampah dan najis ke Korea Selatan

Pemecahan Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan bermula pada tahun 1945 selepas kemenangan pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua, yang menyudahkan pemerintahan tentera Empayar Jepun selama 35 tahun di Korea.

Sejak itu, kedua-dua negara berdiri sendiri dan sentiasa berada dalam keadaan yang tegang.

Berita terkini, Korea Selatan melaporkan dakwaan bahawa negara mereka telah ‘diserang’ oleh belon berisi sampah dari Korea Utara.

Kira-kira lebih daripada 90 belon telah dihantar ke Korea Selatan; yang lebih menyedihkan, belon-belon itu dikatakan mengandungi sampah dan najis.

Korea Utara buat perangai jelek, terbangkan belon berisi sampah dan najis ke Korea Selatan

Menurut laporan Harian Metro, tentera Korea Selatan menyatakan bahawa objek yang tidak dikenali itu dilihat berhampiran sempadan, dan perkara itu menyeru orang ramai untuk menjauhkan diri serta melaporkan kejadian tersebut kepada tentera atau polis.

Naib Menteri Pertahanan Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu, menegaskan komitmen mereka untuk mempertahankan diri dan memberi amaran bahawa timbunan kertas buangan dan kotoran akan dihantar ke Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap ‘perkara kotor’ yang telah memasuki negara tersebut.

BACA:
Salah satu kes luar biasa, kanak-kanak 9 tahun sanggup melacur dekat rakan klas gara-gara tak mampu ganti pemadam
Caprice beri respon lepas dikecam netizen tentang isu melutut minta maaf
Rakyat Jepun rasa tidak selamat dekat negara sendiri, dedah punca sebenar buat ramai terkejut