Lebih 200 kanak-kanak ‘tewas’ berpunca daripada ubat batuk

Lebih 200 kanak-kanak ‘tewas’ berpunca daripada ubat batuk.

Mahkamah Indonesia baru-baru ini mendedahkan sebuah dokumen untuk kali pertama dalam satu pendedahan beberapa kejadian yang melibatkan penggunaan bahan toksik dalam pembuatan ubat batuk yang didakwa menyebabkan kematian 200 kanak-kanak di negara itu tahun lalu.

Dokumen yang tidak pernah didedahkan pada umum itu melibatkan pengeluar ubat Indonesia, Afi Farma, dan tragedi berlaku pada tahun 2021 ketika seluruh dunia mengalami kekurangan bekalan propylene glycol (PG) bergred perubatan, yang juga bahan utama dalam pembuatan ubat bersirap.

Dalam tahun yang sama, sebuah syarikat lain, CV Samudera Chemical yang merupakan pembekal runcit bahan pembuatan sabun, turut terkesan dengan pandemik dan memutuskan untuk menjual bertong-tong ethylene glycol (EG) bergred industri yang telah dilabel sebagai PG.

Menurut laporan, perkara tersebut diperakui melalui satu testimoni yang dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif CV Samudera sendiri yang dikenali sebagai Endis.

Syarikat tersebut kemudian memuat turun logo pembekal PG dari Thailand, iaitu Dow Chemical dari internet, sebelum menampalnya pada tong dram yang mengandungi EG, seterusnya dijual ke pengedar mereka, iaitu CV Anugerah Perdana, untuk beberapa bulan sehingga Mei 2022.

Lebih 200 kanak-kanak 'tewas' berpunca daripada ubat batuk

EG biasanya digunakan untuk pembuatan larutan antibeku untuk kenderaan. Sekiranya ia ditelan, ia boleh menyebabkan kecederaan pada buah pinggang.

Menurut pakar perubatan, sesetengah pengeluar yang tidak beretika sering menggantikan PG dengan EG kerana kosnya yang lebih murah.

Pencemaran ubat batuk di beberapa buah negara telah membuka mata ramai pihak dan ia menjurus kepada banyak siasatan di seluruh dunia.

Menurut Endis, dia tidak mengetahui bahawa produknya itu akan digunakan untuk membuat ubat-ubatan, dan syarikatnya hanya membungkus semula untuk mengurangkan kos kerana pembelian PG adalah sukar kerana ianya diimport.

Dalam masa yang sama, siasatan mendapati CV Anugerah Perdana mempunyai sijil analisis bahan untuk beberapa batch PG palsu. Oleh itu, ia boleh digunakan secara farmaseutikal tanpa diuji.

Hasil siasatan mendapati bahan yang dibekalkan mengandungi 99% EG manakala had yang dibenarkan oleh WHO hanyalah 0.1%.

Susulan itu, empat kakitangan Afi Farma telah disabitkan kesalahan manakala dalam pendakwaan lain, Endis serta tiga lagi rakan sekerja dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan melanggar undang-undang pembuatan ubat.

BACA:
Cucu dijumpai dalam timbunan kain uang tak berlipat selepas 3 hari hilang
Anak beranak jadi jutawan segera, jumpa peti berisi duit ketika mencari logam dalam tasik
Telus cermin kereta walaupun gelap, kamera “speed trap” beresolusi tinggi bakal digunakan di seluruh negara