Anda yang takut dengan tempat gelap mungkin boleh kaitkan dengan cerita ini apabila seorang lelaki mengalami detik cemas ketika berjalan di lobi hotel yang diinapinya. Dia sedang berjalan sambil merakam video kerana sesat.
Lampu tiba-tiba terpadam…
Melalui video yang dimuat naik oleh @naim_dehek, menunjukkan lampu di lobi tersebut tiba-tiba terpadam dan suasana menjadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Naim bagaimanapun terus berlari sehingga lampu di tempat itu menyala semula.
Rupa-rupanya, hotel itu menggunakan sensor pada lampu di lobi tersebut dan jika tiada orang yang lalu di situ, lampu tersebut akan terpadam.
Masa ni rakam sebab tengah sesat, sekali lampu semua terpadam… hotel ni pakai sensor.
Guna seterika kena bayar 50 sen?
Ketika Naim sampai di tempat untuk menyeterika pakaian, dia terkejut melihat notis yang diletakkan di dinding bilik itu di mana sesiapa yang ingin menggunakan seterika tersebut perlu membayar 50 sen bagi tempoh masa 6 minit.
Naim yang tidak membawa wang ketika itu terus kembali ke bilik untuk meminta wang daripada kakaknya. Selepas itu, dia dan kakaknya pergi semula ke bilik tadi dan terus membaca arahan pada mesin duit seterika itu.
Ketika sedang membaca arahan, mereka berdua sudah membuka lampu telefon supaya tidak terkejut dan sebaik sahaja duit dimasukkan ke dalam mesin, lampu di bilik itu menyala semula.
Masa ni dua-dua buka lampu phone… risau gelap. Masa masuk duit, lampu hidup dah.
Suasana yang ‘seram’ itu riuh dengan tawa mereka berdua yang terhibur sambil mengira countdown yang dipaparkan di mesin duit tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi mereka berdua. Ada netizen berkata hotel tersebut menggunakan konsep ‘pintar’ untuk penjimatan elektrik.