Lelaki dari Malaysia boleh hidup dekat Singapura dengan berbekalkan RM44.99 sehari

Lelaki dari Malaysia boleh hidup dekat Singapura dengan berbekalkan RM44.99 sehari.

Seorang warga Malaysia, Jonathan Lim yang bekerja di Singapura membuktikan dia boleh hidup di pulau itu dengan berbekalkan SG$13.10 (RM44.99) sehari, lapor portal berita AsiaOne.

Menurut portal itu Rabu lalu, Jonathan memuat naik satu hantaran di akaun TikToknya dengan menggunakan nama Jonlzx. Dia bertanyakan soalan iaitu bolehkah orang dewasa hidup di Singapura berbekalkan SG$10 (RM34.34) sehari?

Sarapan paginya ialah roti bakar mentega kacang yang dimakan dalam perjalanan ke pejabat. Dia menyiapkan sendiri makanan tersebut

Pada waktu makan tengah hari, Jonathan memesan nasi, brokoli dan hirisan ayam di gerai nasi ekonomi pada harga cuma SG$3.60 (RM12.36).

Lelaki dari Malaysia boleh hidup dekat Singapura dengan berbekalkan RM44.99 sehari

Dia kemudian mengambil roti krim keju cranberry dari kedai roti kejiranan berharga SG$1.50 (RM5.15) apabila meninggalkan pejabat kerana berasa lapar dan selepas bersenam, Jonathan terus ke pasar raya untuk makan malam.

Berbekalkan SG$5 (RM17.17), dia membeli dua paha ayam dan menambah SG$3 (RM10.30) lagi untuk kos pengangkutan.

Pada akhirnya, dia mendapati membelanjakan sebanyak SG$13.10 pada hari tersebut.

https://www.tiktok.com/@jonlzx/video/7274128164748659969?lang=en
BACA:
“Jauh beza masa kami bercinta, lain pula cerita lepas dia memperisterikan aku, apa salah aku sampai jadi macam ni”
Isteri duduk dekat bonet lepas tangkap suami berduaan dalam kereta dengan kekasih gelap
Batu penyendal pintu yang digunakan lelaki ini bernilai RM410,000, dapat tahu lepas 30 tahun