JebatDerhaka

Lelaki ‘hilang muka’ kena ikat dekat tiang elektrik, kantoi intai dan rakam wanita mandi

Seorang lelaki yang didakwa merakamkan video wanita sedang mandi telah diikat pada sebatang tiang elektrik dan dipukul oleh penduduk tempatan dalam kejadian di daerah Hubballi, negeri Karnataka, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Indian Today semalam.

Lelaki tersebut, seorang pekerja pembinaan, dikesan meletakkan telefon bimbit di tingkap bilik air jirannya. Beliau ditangkap ketika sedang merekodkan video wanita tersebut semasa mandi kelmarin.

Rentastic Register Page

Ketika kejadian berlaku, wanita yang menjadi mangsa sedang mandi dan menjerit apabila sedar bahawa dia diintai. Jeritan tersebut menarik perhatian penduduk berdekatan yang segera merapatkan diri ke tempat kejadian dan menangkap lelaki tersebut. Suspek kemudian diikat pada sebatang tiang elektrik sebelum dikenakan pukulan oleh penduduk tempatan.

Lelaki itu akhirnya diserahkan kepada polis di Hubballi untuk tindakan lanjut.

BACA:
Ini sebab kenapa wanita Kelantan lebih gemar pilih warga asing sebagai suami
Penceramah terkesima lepas wanita perkenalkan nama, siap tunjuk kad pengenalan sebab tak percaya
Pekerja premis makanan buat perangai, celup pinggan dalam bekas tong sampah