Lelaki menyamar jadi patung sebelum pecah masuk curi barang kemas dan tukar baju dalam kedai yang berlainan

Lelaki menyamar jadi patung sebelum pecah masuk curi barang kemas dan tukar baju dalam kedai yang berlainan.

Seorang lelaki menyamar jadi patung sebelum merompak barangan kemas dekat sebuah pusat beli belah di Poland akhirnya telah berjaya ditahan pihak berkuasa.

Menurut laporan Kosmo, lelaki yang berusia 22 tahun itu sanggup berdiri kaku sangat lama di tepi tingkap kaca pusat beli-belah di Warsaw sebelum melakukan rompakan.

Dia menyamar jadi patung

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dia sedang memegang beg sambil menjulurkan lengan dekat dengan patung yang berada di tempat kejadian.

“Selepas mendapati keadaan selamat, suspek terus merompak kedai barang kemas,” kata polis.

Lelaki menyamar jadi patung sebelum pecah masuk curi barang kemas dan tukar baju dalam kedai yang berlainan

Apa yang lebih mengejutkan, suspek yang sama turut terlibat dalam kes berlainan di mana menyelinap masuk di bawah bidai sebuah kedai pakaian berjenama lalu menukar pakaian yang dicuri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah berjaya menahan suspek semasa menjamah makanan di sebuah restoran.

“Lelaki itu turut melakukan kegiatan mencuri dan pecah masuk kedai lain selepas ia ditutup. Dia mengambil wang daripada beberapa mesin wang dan mencuri barang lain,” kata polis.

BACA:
Lelaki terkilan dipenjara 12 bulan, gara-gara ugut anak tunaikan solat guna pisau
“Nak berniaga apa barang dah hilang” – Peniaga luah rasa kecewa, ikan dan udang yang di simpan kena curi orang lain
Tak kongsi isu Palestin dekat media sosial miliknya, influencer dikecam netizen lepas bersuara pertahan diri