Lelaki terkilan dapat tahu anak dara sebenarnya lelaki berumur 53 tahun, lesap RM15,000 duit hantaran

Lelaki terkilan dapat tahu anak dara sebenarnya lelaki berumur 53 tahun, lesap RM15,000 duit hantaran.

Seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan yang terpikat dengan seorang gadis dan nekad mahu mengahwininya.

Namun malangnya, bakal isterinya ‘kantoi’ bukanlah perempuan sejati, sebaliknya adalah lelaki.

Bukan setakat identiti ditipunya, malah pelaku juga meminta hantaran bernilai 50 juta rupiah (RM15,280) daripada mangsa.

Tribun Jatim melaporkan, lebih menyedihkan apabila wang yang sepatutnya dijadikan sebagai mas kahwin itu, digunakan untuk membeli barang keperluan harian dan bermain loteri.

Siapa sangka gadis yang bakal dikahwininya itu rupa-rupanya seorang lelaki tua berusia 53 tahun.

Lelaki terkilan dapat tahu anak dara sebenarnya lelaki berumur 53 tahun, lesap RM15,000 duit hantaran

Suspek menyamar sebagai pelajar perempuan dan menipu melalui laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar dan ditahan polis di kediamannya di Tinggimoncong, Gowa di Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia, pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Kompas, Polis Sulsel bahagian jawatankuasa jenayah siber, AKP Iqbal Usman E berkata, suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung dengan nama akaun Facebook seperti wanita, untuk menipu mangsa.

Suspek turut mengakui dirinya berusia lingkungan 20-an dan bersedia untuk berkahwin.

“Mangsa berusia 35 tahun, berasal dari Makassar.

“Suspek kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut,” kata Iqbal kepada pemberita pada Selasa

SUMBER

BACA:
Wanita berhampas pulas kumpul duit tebus emas miliknya, kena ‘scam’ lepas bantu bayar hutang kawan
Pelajar kantoi hisap vape dirotan pembantu guru disiplin, alami bengkak dan pendarahan dekat mata kanan
Kes yang tertangguh, warga emas ditangkap selepas 58 tahun ‘bebas’ atas kesalahan mencuri 2 ekor kerbau