Lelaki trauma saman hospital RM1.9 billion, dipaksa melihat isteri bersalin ‘caesar’ oleh kakitangan

Lelaki trauma saman hospital RM1.9 billion, dipaksa melihat isteri bersalin ‘caesar’ oleh kakitangan.

Seorang lelaki bernama Anil Koppula memfailkan saman terhadap Hospital Wanita Diraja di Melbourne, Australia kerana memaksanya melihat isterinya bersalin secara ‘caesar’ (pembedahan).

Koppula mengakui, pembedahan yang dilakukan pada 2018 itu menyebabkan dia mengalami penyakit psikotik, gangguan serius yang menjejaskan minda serta merosakkan perkahwinannya.

Koppula memfailkan saman itu beberapa tahun selepas isterinya berjaya menjalani pembedahan caesarean itu dan anaknya kini membesar dengan sihat.

Dalam saman itu, Koppula mendakwa dia dipaksa oleh kakitangan hospital untuk melihat proses kelahiran anaknya.

Disebabkan itu, beliau meminta ganti rugi berjumlah AUS$642 juta (RM1.9 bilion).

Lelaki trauma saman hospital RM1.9 billion, dipaksa melihat isteri bersalin 'caesar' oleh kakitangan

Bagaimanapun, pihak hospital menganggap Koppular tidak boleh menuntut ganti rugi itu tanpa membuktikan berlakunya kecederaan atau kesan yang serius daripada perkara itu.

Hakim James Gorton pada Isnin lalu memutuskan bahawa, tuntutan saman yang difailkan oleh Koppula adalah tidak sah di sisi undang-undang.

BACA:
Bagi memupuk disiplin dalam penjagaan tandas, pelajar sekolah dicaj 15 sen jika ingin membuang ‘hajat’
“Apa yang bini aku buat, semua tak kena dekat mata mak aku, ada satu hari ni aku tak tahan aku tanya, ini jawapan dia bagi”
Doktor dedah buat rawat dekat pesakit lelaki yang pakai 80 susuk, tak sangka orang luar pun mengamalkan ‘benda’ ini