Budi Bahasa dan Budaya Kita, Ungkapan tersebut bukan sahaja menjadi warisan dari generasi terdahulu, tetapi juga merupakan nilai-nilai yang dipegang teguh oleh masyarakat untuk menzahirkan rasa hormat melalui tutur kata dan kesopanan.
Baru-baru ini, sebuah kejadian menarik perhatian di laman X apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap kurang sopan pekerja penghantaran yang merespon pertanyaannya mengenai bungkusan barang dengan sindiran.
Wanita tersebut menitipkan rasa kecewanya dan menyatakan bahawa barangan yang dibeli perlu dijaga dengan baik. Beliau memberitahu bahawa beliau telah menanti berhari-hari, namun tidak pasti samada barangannya disimpan atau sudah diambil oleh pihak kurier. Beliau juga memberikan alamat lengkap dan berkongsi lokasi, tetapi jawapan yang diterima adalah sindiran yang tidak dijangka.
Menurut tangkapan skrin perbualan yang dikongsikan, pekerja penghantaran tersebut memberitahu bahawa barang telah dibuang kerana van yang digunakan penuh dengan bungkusan. Beliau juga menyatakan bahawa rumah wanita tersebut kosong semasa penghantaran dilakukan. Dalam nada sindiran, pekerja tersebut mencadangkan agar pelanggan menghubungi pihak bandaraya untuk mengetahui lokasi tapak pelupusan sampah.
Wanita tersebut membantah kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa dia berada di rumah pada hari tersebut dan sentiasa memantau status perjalanan kurier. Beliau merasa kesal dengan sikap kurang ikhlas dan kurang tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pekerja tersebut.
Ketidakpuasan hati juga berkembang dalam kalangan netizen yang berkongsi pengalaman serupa. Mereka menyatakan ketidakpuasan terhadap pekerja penghantaran yang lambat dan memberikan maklumat palsu. Beberapa warga maya mengesyorkan untuk melaporkan masalah ini kepada MCMC (Kementerian Komunikasi dan Digital) dan menyuarakan perlunya tanggungjawab yang lebih tinggi daripada pihak kurier.
Kejadian ini memperlihatkan betapa pentingnya nilai BUDI dalam setiap aspek kehidupan sehingga masyarakat diingatkan untuk memelihara budaya sopan santun dan tanggungjawab dalam melakukan tugas masing-masing.
I tunggu berhari hari, peram ke barang aku ke dah ambil barang aku ke apa tak tahu. Aku message siap tepek location kalau tak jumpa address. Sudahnya ini dia jawab? Waw. Macam mana boleh hire pekerja rude macam ni eh Best Express. pic.twitter.com/EKpRfiEPcV
— ππ¦π π₯ πππ’π’ (@asmrchoo) January 4, 2024