Aku dah berkahwin sekarang. Isteri aku memang baik sangat. Tapi dia tak seperti yang aku jangka masa kami belum berkahwin dulu.
Masa sebelum kahwin, aku tengok dia memang pendiam, jarang sangat bercakap dengan lelaki. Kawan-kawan pun puji cara dia.
Memang susah juga aku nak cuba tegur dia masa tu, segan betul. Memang ketara kalau aku tegur.
Tapi aku suka dia macam tu, jadi taklah cemburu sangat sebab dia jarang bercakap dengan lelaki lain.
Cantik? Memang la. Kalau tak, aku takkan tertarik pun. Haha. Cantik pada mata aku la.
Kawan-kawan pun ada yang cuba nak dekati dia. Maaflah dia nak layan. Haha. Memang diminati. Akhirnya aku yang dapat, memang rasa bangga betul. hehe..
Eh, asyik cerita pasal dia, lupa nak bagitau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama sebenar dirahsiakan.
Aku dekati dia dengan cara yang baik, pergi jumpa ayah dia dulu. Gentleman beb! Berbincang secara tenang dengan ayah dia. Err, ayah dia nama Marzuki..
Ayah dia jenis cakap direct rupanya. Pergh, memang kena kritik betul-betul masa tu. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak sangat.
Ayah dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tahu. Habis kalau tak dapat anak dia? Aku cakap nak juga! Ayah dia terus tegur la,
“Kamu ni, macam mana kamu nak kahwin dengan orang yang kamu tak kenal?”
Aku jawab, lepas kahwin lah saya kenal dia pakcik.”
Lepastu sengih-sengih. Lepastu ayah dia diam. Masa tu rasa down gila. Ayah dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji cinta aku? Huhu..
Time tu aku dah terfikir nak cari calon lain je. Aku memang ada lagi sorang yang aku suka. Haa yang ni aku memang rapat betul.
Yang ni pula nama dia Ika. Aku memang serasi lah dengan minah ni. Haha.. Tapi akhirnya orang lain juga yang aku pinang. Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba.
Keputusannya.. jeng jeng jeng.. tak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena tolak, tiba-tiba keluarga diorang terima.
Warghh happy betul. Alhamdulillah. Jadi, memang sah la takde jodoh aku dengan Ika. Time aku bagitau Ika aku nak kahwin, dia terima je.
Kejam betul aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa. Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai suami Ara.
Happynya aku Tuhan je tau. Dekat rumah, dia macam biasa, tenang je. Tapi tenang semacam la pulak.
Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyi lah rumah kami.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara juga. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawa borak sangat.
Bila aku cakap pasal sesuatu, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. Akhirnya aku dah malas nak borak.. Oh boringnya..
Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je, sengih. Macam yang aku buat dekat ayah dia dulu. Psycho seyh.. Nak jadi lagi tertekan, aku ni jenis perokok sederhana tegar juga la.
Tapi isteri aku pulak memang macam fobia gila dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk-uhuk gitu..
Sebab sayang isteri, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok time dekat ofis je.
Isteri aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku lak tak boleh bau ubat, mesti pening kepala.
Hari-hari aku yang hantar, ambik dia pergi hospital. Time ambik dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. Jadi aku akan selalu buka tingkap, nyaman sikit.
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh buka tingkap kereta, takut tempias. Aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat.
Dengan penglihatan yang terhad lagi, kami kemalangan! Langgar belakang kereta orang depan. Dekat hospital, doktor kata isteri aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan. Ara sendiri pun tak tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, jadi dia kena korbankan
kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku seorang kerja dah cukup untuk sara hidup kami!
Dekat setahun kami kahwin, Ika tiba-tiba datang, dia kata masih sayang dekat aku, nak aku ambik dia jadi isteri no. 2.. Dia sanggup.
Alamak ni dah angau betul. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia berani propose dekat aku.
Kemudian aku terus terang je la, aku cakap dekat dia, ya aku memang tak kamceng sangat dengan isteri aku sekarang. Dan banyak benda yang kami takde persamaan.
Ara memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak.
Kalau jumpa kawan-kawan aku lagi la dia sunyi sepi. Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama..
Jarang la dapat makan yang lain sikit. Kecuali time makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha macam tu la isteri aku. Lucu pula..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat dekat baju-baju Ara dulu. Cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu.
Ara pula dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (jarang la menjadi), haha..
Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang kali terakhir kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki seorang anak, dah besar, dekat 4 tahun la. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan isteri aku.
Bab-bab agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok-elok mengaji al-Quran.
Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat-sangat menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, mungkin. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami.
Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan.
Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, isteri dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja.
Dalam tempoh tu juga, aku sebenarnya asyik keluar dengan seorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru dekat ofis aku.
Dengan muka yang agak ada tarikan ni, dia macam tertarik pula dekat aku. Jadi dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi!
Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, tapi takut kecil hati si Ara pula..
Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan. Kadang-kadang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap dekat aku. Lepas tu minta maaf, dia kata tersasul.
Tapi aku memang terhibur bila dok dengan Lisa. Isteri aku dekat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi.
Tapi mesti dengan wanita yang baik, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang baik ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make-up dekat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambil wuduk ke? Tak solat ke? Ke cuti sepanjang tahun?!
Jadi aku tangguhkan dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit. Tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumah tangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital.
Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitahu, Ara dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap!
Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitahu aku??
Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi kesan dekat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya.
Jadi jantung jadi lemah. Jadi itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitahu, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak.
Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan sekejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir. Kami tak pernah bertengkar, tak pernah bergaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ini..
Aku asyik tinggalkan dia, berseronok dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak pernah luahkan derita dekat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas.
Walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ini.
Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh.
Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun dekat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi sekejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.
Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
Isi surat tu;
1 Julai 2007, Buat suami yang baru kupunya, Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu. Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya, Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara kan menangis di bahu abang, Kerana Ara tak mampu berbicara, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap di hati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar, Isteri yang menyanjungmu.
Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi air mata aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala-galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri dekat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang-alik hospital. Masuk ofis pun sekejap-sekejap.
Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai betul. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas.
Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia.
Saat itu dia menangis dekat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan dekat kertas. Dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.
Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha..
Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku reda Ya Allah..”
Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yasin di telinganya berulang-ulang, biarkan anak kami di pangkuan memeluk meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang.
Sempat kuajarkan Syahadah. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hampir 5 tahun perkahwinan kami, tinggal aku dengan Hafiz. Dengan helaian-helaian tulisan terakhir Ara..
BACA:
Akibat kemarau luar biasa yang berlaku, paras lagun ini susut 50 peratus, ikan mati kelihatan di dasar tasik
Lelaki lari 3 kilometer pulang ke rumah selepas di sahkan mati oleh anggota penyelamat
Ibu bapa nekad hantar sihir guna tuala wanita gara-gara iri hati tengok menantu bahagia